Friday, June 28, 2019

Gunung Silipat 20042019






Menulis bukanlah keutamaan sekarang. Mendaki juga bukan menjadi perkara nombor wahid. Mungkin telah menjadi sebagai hobi saja suka-suka. Terakhir kali bersama RGS mendaki Gunung Silipat. Terletak di selatan Thailand berdekatan dengan Betong yang berada di sempadan sahaja dengan negara Malaysia. Ketinggian cuma 600 meter dari paras laut. Keghairahan untuk pendaki mendaki gunung Silipat hanyalah kerana pemandangan awan karpet yang selalu di hebahkan.

Tapi pada 20April2019, sekumpulan 20 orang team RGS mendaki Gunung Silipat demi mengejar awan karpet. Bayaran dikenakan sebanyak RM160 (pakej yang dikenakan) untuk ke sana, mesti mempunyai pasport antarabangsa. Prosedur masuk ke negara Thailand seperti biasa. Chop Pasport. dan declare Geran kereta -jika membawa kenderaan sendiri. Ini kali ketiga I melepasi sempadan Thailand. Kali pertama pada tahun 2000-melancong dengan kawan2.Kali Kedua 2018- bercuti di Krabi, dan kali ketiga untuk mendaki Silipat.

Sabtu jam 8 pagi kami bertolak ke Sempadan, sampai sempadan dalam jam 1 petang. Berhenti di sempadan untuk selesaikan kemasukan kami ke negara Thailand. Chop Pasport dan Declare Geran kereta (kami pergi 4 biji kereta sendiri, so owner kereta kena bawak geran dan declare). Kemudian terus menuju ke kawasan Betong dan singgah di Masjid Negeri Betong. Jamak Zuhur dan Asar sekalian. Kemudian pergi lunch kat pekan Betong. Pekan Betong tu tak le besar mana. Ramai je jumpa orang Malaysia duk pegi travel and ride ke sana. 




Lepas makan team pun teruskan perjalanan ke kawasan Gunung Silipat. Jam 4 kami pun sampai di warung tepi sungai. Nama tempat tu apa tah, I pun tak ingat. Lepas tu Gogo kami Bangbad pun kawtim dengan orang sana utk 4wheel. Ok, jam 5 kitorang naik 4wheel sampai ke kaki Gunung. Lepas tu, kena jalan kaki sikit la, kalau tak hike tak le namanya adventure kan. Adventure sangat la daki bukit dalam kebun getah. Makcik kat Silipat tu, lek je noreh tanpa rasa bersalah. I pulak rasa bersalah sebab lalu kebun dia. 

Pancit juga la walaupun macam tak le jauh sangat. Huiii... pewai baq ang, benti tah bape kali teguk air. dah le panas and kering. Sabaq2! Lepas setengah jam, on off jalan, baru sampai campsite. Bapak oiii, ramai orang. Campsite dia macam resort, siap ada warung boleh ngopi2 baiii... speechless mak!  Menyesal pulak aku hangkut air berbotol2 dalam beg! Guide kitorang si Habib arrange khemah satu khemah boleh masuk 2-3 orang... Dasat tul. I, Eja & Ayu sekhemah... Khemah selesa namatik... siap ada karpet baq ang! kau tak payah la nak beratkan beg kau, bawak mat bagai... ko bawak bantal je!



Lepas tu, yang lain nak naik peak petang tu gak, padahal hujan. I and eja malas naik peak petang. SEbab nak naik pagi esok, baru lah indah dengan awan kapet kepuk2.... pastu malam tu dinner nasi paprik, siap ada BBQ maveles siak dia punya food! siap ada teh O panas... haisshhh.... dia punya servis memang terbaik!

Kengkonon nak mencari bintang la malam tu.... sekali hujan! so kitorang IcedBreaking je dalam khemah... borak2 sembang2 luah meluah... Nak bitau la, sejak join RGS, dorang ni dah macam adik badik I... gurau senda manja2 tu dah biasa ye... walaupun kadang I macam annoying... Tapi semua tu gurauan semata2... I love RGS tiada taranya!



Sesubuh ahad tu, lepas solat, terus team naik Peak.... Hek eleh! 10minit je naik peak? Tak berpeluh ok! Atas peak, punya ramai hikers.... ada breakfast oiii! Roti bakaq dengan 3 in 1 coffee and hot coklat... Tapi yang mencengkam perasaan, tunggu punya tunggu awan kepuk2.... kabus kepuk2 yang mampu I jumpa... Haila! Takde rezeki... Tak pelahhhhhh! Punya rasa jeles bila tengok gambar orang lain dengan awan kepuk2... tang I pegi... Nan Hadooo!!!!

Tapi takpe la nakkkk.... Mak redho! Gembira sangat bila dapat team yang sempoi, gila2 dan yang penting diorang sangat2 lah sporting... I memang akan repeat trip dengan RGS... sign mati la skang! RGS dihatiku kekdahnya.... Wuhuuuu!!!!

Turun dari peak, terus siap2 nak balik Malaysia... seharian duk luar negara, rindu keluarga di tanah air... cheehhhhh!!!! So, memang turun dari campsite kena jalan masuk kebun getah balik dan naik 4wheel semula untuk ke warung tepi sungai tu... Pengalaman yang best juga la pegi Silipat ni... Campsite cantik, ada toilet, ada warung... dan I rasa I akan repeat tapi with family kot... ChiaChiaChia... (Harap MrManeh I baca ini).... 


Eh, ada kisah bercuti pendek (short vacation dengan RGS lak... Nanti ada free time and idea I share okey!)

Sekian sahaja cerita pedih di Silipat- pedih tanpa awan karpet.... kehkehkeh!

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...