Monday, October 29, 2018

Gunung Relau Kampar, Perak

27 October 2018

Dari KL jam 6pagi, Megat baru balik kerja malam dan minta I yang drive pegi Kampar. Sebelum masuk highway, Eja duk potpet2 kata I bawak slow motion macam kura-kura sakit kaki. Masuk je tol, terus dia terdiam bila adik Micheal Schumacer ni tekan minyak 160 km/j... meluncur mcm jet pejuang Alza si Megat.


Sampai Kampar jam 8.30 pagi... tu pun sebab 2x berhenti, Megat nak mandi la salin baju la, beli jajan la... terus jadi lambat. Eh! Ingatkan team dah naik dulu, tengok2 setia menanti kami yang paling lambat sampai... ekekekee!

Sampai kat Kg Air Terjun, tepi air terjun Batu Berangkai, ada sedikit taklimat by Gogo RGS (Rakan Gunung Selamanya), Badrul Hisham tentang kebersihan dan pengenalan. 35 line up bersama 5 krew RGS untuk trip kali ni. Grup MAYC Ipoh & Selangor yang join sekali. 

RGS ni, dah bertapak dalam bidang pendakian selama 10 tahun bermula tahun 2008. Ketuanya, BangBad @ Badrul Hisham, konco2nya yang terdiri daripada Megat Khairul, Jebat @ Hazli, Fahmi, Fazwan, Mior @ Ahchong (nama2 ni yang join xpdc Relau).



Jam 8.45, semua berkumpul untuk senaman ringan. Stretching, takut ada yang cramp lak kan... Lepas tu, semua memulakan perjalanan menuju puncak. Ewah, mula2 jalan landai, santai mantai sang kelembai... lalu pula waterpoint shantek2... dengan batu yg hijau2... cantik gila!

Flora dan Fauna pun boleh tahan menarik la... Tapi lalu juga kebun durian orang asal... yang menariknya kebun durian dorang siap ada jaringan, supaya durian yg dah ranum tidak jatuh ke tanah... eh! batak le I kejap, sebab tak pernah tengok... yang lain ckp pada I "hek eleh, memang la.... itu pun tak tau ke?" haisshhh! memang le taktau, I mana ada kebun durian... Hahahaha


Lepas habis je jalan kebun dan sungai, bermula la part tercabar dan mencabar. Sakit jiwa raga bila kena melayan pacak. Start tu la, mula datang penyesalan yang teramat. Megat jadi mangsa soalan tak masuk akal, "Lama lagi ke Gat? Kekdee dh tak larat ni..." dan seperti biasa Megat menjadi pembohong besar, "5 minit lagi sampai Kekdee," begitulah seterus. Mula2 jalan bukan main girang gelak ketawa dengan Eja & Fazwan... bila dah sampai part memacak, suara pun tak keluar dah... masing2 muka tahan kesal... Hahahahaa!!!



Half way perjalanan, tiba2 I rasa nak pitam. Pening. Eja dah terlepas ke depan... Fazwan yg tunggu. Tapi I suruh dia jalan dulu, sebab Megat dan beberapa orang lagi ada di belakang. I taknak suruh Fazwan tunggu, kesian dia... So I lepak sorang2 dulu... tarik napas dan pejam mata sekejap. Bagi lega... Lepas tu baru teruskan perjalanan balik... Jam 2 petang sampai puncak Relau... Start jam 9 pagi, sampai 2 petang... 5 jam kami mendaki... Tapi tu sebab pace slow melow mcm kekura sakit kaki, kalau jenis yang padu dan ada jantung spare tu 2 jam dah sampai...kami berhenti minum, bersantai, membawang adalah lebih kurang 2jam total... ekekekeke!



Sejarahnya Gunung Relau ni, adalah tempat persembunyian komunis untuk attack Malaya pada zaman dulu semasa era komunis. Kesan peninggalan kotak2 peluru adalah yang paling ketara boleh didapati di kawasan puncak Relau. Relau, tidak ada pemandangan indah atau awan karpet impian, yang ada cuma tanah lapang sedikit dengan kotak2 peluru yang ditinggalkan askar2 komunis pada zaman dahulu. Jangan pula suka hati kau nak ambil kotak2 tu bawak balik, kang di kejor dek askar komunis infiniti kang.... tak terjawab kang! Kesan peninggalan komunis yang lain yang terdapat sepanjang trek Relau, adalah terowong2 lama yang tidak ditutup. Dengar cerita terowong ni boleh tembus sampai ke kawasan Tesco Kampar... Wallahualam... Jangan lak try masuk terowong sebab nak cari jalan pintas lak...kang, tak keluar2 lak...




Nak beritahu, Gunung Relau dan Gunung Bujang Melaka adalah bersebelahan. Jadi biasanya ada Hikers yang buat camping untuk dapat mendaki 2 puncak sekali. Gunung Relau berketinggian 951 meter sahaja dari paras laut.

Pukul 3 petang masing-masing pun bergerak turun dari puncak. Memandangkan langit pun mendung dan umpama ingin memberi isyarat bahwa hujan bakal turun... ececece! I turun paling lambat, sebab sampai pun terpaling lambat kan... geng lambat tu pun turun la dengan lambatnya. Kalau dengan I dan Eja, yang penting selpi... bergambar adalah wajib di setiap tempat berhenti... kau bayangkan berapa kali kami berhenti dan bergambar, memang tak peduli la orang lain padu ke cepat ke.... janji selpi!




Kat rumah orang asal tu pun dah berapa keping siap posing mosing kat tangga macam rumah sendiri. Tapi memang I melting dengan rumah tu. Itu macam sebuah impian, tengok rumah tu comel tepi sungai dan persekitaran sama seperti impian I... kalaulah suatu masa nanti I boleh dapat rumah macam tu dan hidup dalam alam semulajadi... kan best! Hailaa... berangan2!

Okeylah, dah sampai ke bawah, apa lagi, terjun tiruk la... turun pukul 3 petang, duk berlumba la dengan Fahmi, sapa paling laju... eleleee... turun memang kau la laju kan... masa naik, kau paling lambat... kahkahkah! Pukul 5 petang sampai ke bawah, terus mandi manda dan makan nasi bungkus bekalan... Gila lapar!



Lepas semua dah sampai berkumpul dan bersiap nak balik. Kemudian ramai2 pergi makan di BBKampar, Restoran Sakira. Lepas tu gegas ke Ipoh dengan kereta Megat, dan beli tiket balik dengan train ETS jam 9.30 malam... sampai KL jam 12.10 malam... pulanglah kami ke sarang!


Sayonara... Jumpa lagi next trip!

#doneGunungRelau


No comments:

Post a Comment

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...