Saturday, October 19, 2019

Yong Belar 2.0 05102019-06102019


Date : 5-6hb October 2019
Mount : Yong Belar (2h 1m)
Kemsite : Kem Kasut
Crew : 7 orang
Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)
Starting point : Kebun Sayur


YB atau Yong Belar, berketinggian 2181 meter dari paras laut. Terletak di hutan dalam daerah Cameron Highland. Mempunyai mossy yang cantik. 2018 bulan Ogos I pernah merasai trek YB secara daypack selama 18jam. Tetapi kali ni, I pergi bersama RGS dan berkhemah. 

Sabtu 05102019 jam 3am, kami berkumpul di Masjid Kampung Raja untuk pembahagian ration dan lunch pax. Tidur sebentar. Kemudian selepas Subuh, kami mula bergerak ke Masjid Lojing, dalam daerah Gua Musang. Sesampai di Masjid Lojing, kami menaiki 4wheel untuk bergerak ke Kebun Sayur. Jam 8:50 sampai ke kebun sayur. Taklimat dimulakan oleh GoGo RGS- Badrul, Sweeper- Megat & Jebat, Shooter/Guide - Fahmi & Akmal. Seramai 15 Line Up bersama 7 orang krew memulakan perjalanan dari kebun sayur jam 9:15am.

Image may contain: 1 person, smiling, standing, mountain, sky, outdoor and natureImage may contain: 3 people, including Dina Depp and Sazwana Shairali, people standing, mountain, sky, outdoor and nature
Image may contain: 3 people, including Dina Depp and Sazwana Shairali, people standing, mountain, sky, outdoor and nature

Perjalanan pada mulanya lancar, jam 12 tengah hari sampai ke Kem Tudung Periuk. Teruskan perjalanan ke Simpang Pelaur, untuk menuruni Sg Pelaur, menikmati makan tengah hari di Air Terjun Sungai Pelaur. Ini adalah sebab I nak repeat trek YB. Teringin sangat nak pergi Sg Pelaur. Tapi tak sangka pula, dari Kem Tudung Periuk nak ke Sg Pelaur punya la jauh. Pewai jugakla semata-mata nak makan tengah hari. Dari simpang ke sungai lebih kurang 20minit. Turun ke Pelaur dalam jam 1.30, makan tengah hari dan bergambar.
Image may contain: one or more people, plant, tree, outdoor and natureImage may contain: Dina Depp, smiling, standing, tree, outdoor and nature



Image may contain: outdoor, nature and water


Jam 2 petang, mula tinggalkan Kem Pelaur. Angkat sauh, mulakan perjalanan. Hujan mulai turun. Renyai. Tiba-tiba Eja kesejukan dan kakinya krem. Berhenti sekejap untuk rehatkan kaki. Berjalan 10minit, tiba-tiba Eja tak boleh jalan.Sejuk dan kekejangan. Hujan mulai lebat. Kitorang berhenti sekejap.Bagi rehat. Bagi air panas. Sebab tengok Eja dah pucat. Mungkin sebab kurang tidur dan badan tak cukup rehat. Bagi Eja rest dan tidur sekejap. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, tree, plant, outdoor and nature

Selepas setengah jam, mulakan perjalanan balik. Hujan semakin lebat. Trek becak. Perjalanan sukar. I pun dah rasa sejuk namatik. Koyak. sesekali berhenti. Kemudian teruskan semula jalan. Tunggu menunggu kawan yang lambat. Akhirnya sampai ke Kem Kasut jam 8 malam. 

Image may contain: tree, plant, outdoor and natureImage may contain: 1 person, shoes, tree, outdoor and natureImage may contain: 1 person, shoes, tree, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Kem site becak.Banjir.Sejuk dan kelaparan. Turunkan saja beg, terus rebahkan diri kejap. Kemudian I mulakan masak. Kesian dorg lapar. Dah la hujan lebat.Kem site pulak becak. Lapar pula tu. Bad masak nasi dan telur dadar, I masak daging masak lemak cilipadi + kentang. Wana dan Megat tolong sediakan bahan.Eja kesejukan dan I rasa dia demam.Dia bergulung dalam blanket. Cuaca gelap dan sejuk sangat. dengan suhu bawah 15 darjah celsius. 

Image may contain: food and indoor
Lepas masak, semua pun diajak makan. alhamdulillah, seperiuk nasi habis. semuanya lapar. kemudian semua masuk tidur.

Ahad 06102019- Jam 6 pagi, hujan lebat. semua dah bangun untuk menuju puncak. Tapi hujan tak bagi peluang langsung. Masing-masing menunggu hujan reda. Sambung tidur lepas subuh. Jam 8pagi, kecoh balik semua bangun. Hujan dah reda sedikit. Eja pun dah ok, tapi taknak submit peak. Dia tak mampu jalan. So I and Megat temankan. Buatkan breakfast untuk line up. Bihun Goreng+ Telur Dadar, Cucur bawang & Teh O.Line Up turun peak jam 11 pagi, terus menuju fly kitchen.Makan and borak. I continue masak nasi goreng bilis utk lunch pax. 

Image may contain: 6 people, including Dina Depp, people smiling, people sitting and outdoor

Image may contain: 13 people, including Radzi Zamri, Sazwana Shairali and Abdul Muin, people smiling, people standing and outdoor
Mereka yang berjaya sampai ke puncak... Tahniah!
Lepas Zuhur, jam 1.30 petang kami semua angkat sauh untuk balik.Tengah dalam perjalanan hujan lebat semula. Trek jangan cerita la dia punya becak. berapa kali I tenggelam dalam selut. Memang trek hancur sepanjang jalan dari kemsite kasut sampai la ke trek buluh. Lepas Kemsite tudung periuk, trek tak kejam sangat.Alhamdulillah semua tiba di kebun jam 12malam... 

Tahniah!




Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...