Saturday, October 19, 2019

Yong Belar 2.0 05102019-06102019


Date : 5-6hb October 2019
Mount : Yong Belar (2h 1m)
Kemsite : Kem Kasut
Crew : 7 orang
Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)
Starting point : Kebun Sayur


YB atau Yong Belar, berketinggian 2181 meter dari paras laut. Terletak di hutan dalam daerah Cameron Highland. Mempunyai mossy yang cantik. 2018 bulan Ogos I pernah merasai trek YB secara daypack selama 18jam. Tetapi kali ni, I pergi bersama RGS dan berkhemah. 

Sabtu 05102019 jam 3am, kami berkumpul di Masjid Kampung Raja untuk pembahagian ration dan lunch pax. Tidur sebentar. Kemudian selepas Subuh, kami mula bergerak ke Masjid Lojing, dalam daerah Gua Musang. Sesampai di Masjid Lojing, kami menaiki 4wheel untuk bergerak ke Kebun Sayur. Jam 8:50 sampai ke kebun sayur. Taklimat dimulakan oleh GoGo RGS- Badrul, Sweeper- Megat & Jebat, Shooter/Guide - Fahmi & Akmal. Seramai 15 Line Up bersama 7 orang krew memulakan perjalanan dari kebun sayur jam 9:15am.

Image may contain: 1 person, smiling, standing, mountain, sky, outdoor and natureImage may contain: 3 people, including Dina Depp and Sazwana Shairali, people standing, mountain, sky, outdoor and nature
Image may contain: 3 people, including Dina Depp and Sazwana Shairali, people standing, mountain, sky, outdoor and nature

Perjalanan pada mulanya lancar, jam 12 tengah hari sampai ke Kem Tudung Periuk. Teruskan perjalanan ke Simpang Pelaur, untuk menuruni Sg Pelaur, menikmati makan tengah hari di Air Terjun Sungai Pelaur. Ini adalah sebab I nak repeat trek YB. Teringin sangat nak pergi Sg Pelaur. Tapi tak sangka pula, dari Kem Tudung Periuk nak ke Sg Pelaur punya la jauh. Pewai jugakla semata-mata nak makan tengah hari. Dari simpang ke sungai lebih kurang 20minit. Turun ke Pelaur dalam jam 1.30, makan tengah hari dan bergambar.
Image may contain: one or more people, plant, tree, outdoor and natureImage may contain: Dina Depp, smiling, standing, tree, outdoor and nature



Image may contain: outdoor, nature and water


Jam 2 petang, mula tinggalkan Kem Pelaur. Angkat sauh, mulakan perjalanan. Hujan mulai turun. Renyai. Tiba-tiba Eja kesejukan dan kakinya krem. Berhenti sekejap untuk rehatkan kaki. Berjalan 10minit, tiba-tiba Eja tak boleh jalan.Sejuk dan kekejangan. Hujan mulai lebat. Kitorang berhenti sekejap.Bagi rehat. Bagi air panas. Sebab tengok Eja dah pucat. Mungkin sebab kurang tidur dan badan tak cukup rehat. Bagi Eja rest dan tidur sekejap. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, tree, plant, outdoor and nature

Selepas setengah jam, mulakan perjalanan balik. Hujan semakin lebat. Trek becak. Perjalanan sukar. I pun dah rasa sejuk namatik. Koyak. sesekali berhenti. Kemudian teruskan semula jalan. Tunggu menunggu kawan yang lambat. Akhirnya sampai ke Kem Kasut jam 8 malam. 

Image may contain: tree, plant, outdoor and natureImage may contain: 1 person, shoes, tree, outdoor and natureImage may contain: 1 person, shoes, tree, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Kem site becak.Banjir.Sejuk dan kelaparan. Turunkan saja beg, terus rebahkan diri kejap. Kemudian I mulakan masak. Kesian dorg lapar. Dah la hujan lebat.Kem site pulak becak. Lapar pula tu. Bad masak nasi dan telur dadar, I masak daging masak lemak cilipadi + kentang. Wana dan Megat tolong sediakan bahan.Eja kesejukan dan I rasa dia demam.Dia bergulung dalam blanket. Cuaca gelap dan sejuk sangat. dengan suhu bawah 15 darjah celsius. 

Image may contain: food and indoor
Lepas masak, semua pun diajak makan. alhamdulillah, seperiuk nasi habis. semuanya lapar. kemudian semua masuk tidur.

Ahad 06102019- Jam 6 pagi, hujan lebat. semua dah bangun untuk menuju puncak. Tapi hujan tak bagi peluang langsung. Masing-masing menunggu hujan reda. Sambung tidur lepas subuh. Jam 8pagi, kecoh balik semua bangun. Hujan dah reda sedikit. Eja pun dah ok, tapi taknak submit peak. Dia tak mampu jalan. So I and Megat temankan. Buatkan breakfast untuk line up. Bihun Goreng+ Telur Dadar, Cucur bawang & Teh O.Line Up turun peak jam 11 pagi, terus menuju fly kitchen.Makan and borak. I continue masak nasi goreng bilis utk lunch pax. 

Image may contain: 6 people, including Dina Depp, people smiling, people sitting and outdoor

Image may contain: 13 people, including Radzi Zamri, Sazwana Shairali and Abdul Muin, people smiling, people standing and outdoor
Mereka yang berjaya sampai ke puncak... Tahniah!
Lepas Zuhur, jam 1.30 petang kami semua angkat sauh untuk balik.Tengah dalam perjalanan hujan lebat semula. Trek jangan cerita la dia punya becak. berapa kali I tenggelam dalam selut. Memang trek hancur sepanjang jalan dari kemsite kasut sampai la ke trek buluh. Lepas Kemsite tudung periuk, trek tak kejam sangat.Alhamdulillah semua tiba di kebun jam 12malam... 

Tahniah!




Friday, September 13, 2019

Gunung Lari Tembakau

Image may contain: 1 person, standing, tree, hat, outdoor, nature and text

24082019- Gunung Lari Tembakau, GH Pahang
Team: Red Ants Hikers
Krew : 5 orang
Line up : 30 orang

Langsung tidak mencabar. 20 minit mendaki puncak. Yang mencabar cuma kesejukan. Menggigil sampai berlaga gigi. Mula mendaki jam 8 pagi, kabus tebal di puncak tanah tinggi. Sampai di kawasan spot yang menarik untuk bergambar, berhenti nikmati keindahan alam. Mossy tidak seperti di Irau, tapi indah. 


Image may contain: Dina Depp, smiling, standing, tree, sky, plant, outdoor, nature and textImage may contain: 3 people, including Marlina Dewi and Dina Depp, people smiling, tree, plant, outdoor and nature

Tiba di puncak jam 9 pagi. Berehat? Bergambar yang sebetulnya. langsung tak rasa berpeluh. Pewai? Sapa kata dia pewai, I lepuk dahi dia 16 kali. Pekena Teh O panas & Cekodok bilis... Marveles teruk! Nasi bekalan pun dipanaskan lauknya... Kenyang sekenyang-kenyangnya. 

Image may contain: 31 people, including Syafiqa Ismail, Dina Depp, Emy Kokumu, Marlina Dewi and Fadziah Sharif, people smiling, outdoor

Yang tidak boleh lupa keindahan alamnya... Sumpah!

Wednesday, August 7, 2019

Twins Peak Of Perak - K2 03-04082019

Team : RGS Adventure Team
Trip : K2 (Kenderong-Kerunai)
Date : 3-4 Ogos 2019
Line up : 24 orang
Sabtu, hari pertama tiba di Masjid Kg Pahat Jam 1.30 petang. Solat Zuhur dan bersiap untuk naik 4wheel. Sampai di campsite dengan 4wheel dari Kg Kenderong Pahat, loading barang dan pasang ground fly. Briefing & Stretching. Start hiking Gunung Kerunai jam 4 petang. Layan trek, sampai peak dalam jam 6 petang. Selfi & Wefie dengan jayanya sambil layan sunset. Turun peak, lepas solat Maghrib. Sampai campsite jam 10 malam. Dinner ramai-ramai. Menu shell out & nasi putih. Teh O panas. Solat Isyak. Tidur and rest untuk gunung seterusnya.
Image may contain: one or more people, people standing, plant, outdoor and nature
Ahad, hari kedua, jam 2pagi line up dipaksa bangun. Briefing & Stretching. Start hiking Gunung Kenderung jam 3 pagi. Sampai peak Jam 7 pagi. Layan sunrise and breakfast simple2. Selfie & Wefie. Turun peak jam 8 pagi, sampai campsite lebih kurang jam 10.30. Sambung breakfast berat. Menu nasi goreng seafood & scrambled egg, teh O & kopi O padu. Bersiap untuk balik, Jam 2 4wheel sampai. Turun ke masjid Kg Pahat 
semula, sampai jam 3 petang. Bersurai
.No photo description available.
Trek kering tapi licin dengan batuan yang seroi. line up berjaya summit dua2 peak tanpa belas kasihan terhadap diri sendiri. Campsite K2 sekarang dah ada kelengkapan tandas untuk hikers. walaupun sungai dah tak berapa nak best untuk mandi, tapi punca air tetap mampu digunakan untuk mandi, minum & masak. Campsite pun luas.
Tahniah untuk kariah masjid Kg Pahat yang melengkapkan kemudahan untuk hikers.
Tahniah untuk line up yang sampai ke peak dgn jayanya.
Tahniah juga untuk crew RGS yang awesome dan bekerjasama untuk perjalanan trip K2.

Wednesday, July 3, 2019

Igau-Illusi *KAWAN*

Whats up guys!(Tiru Khairulaming)

Okeh, I nak introduce my new Novelet... Actually dah launching bulan May haritu. Tapi disebabkan kemalasan menulis dan mengharapkan sosial media lain utk I update apa pun tentang diri I. FB dan IG memainkan peranan penting dalam kehidupan dunia Medsos skarang kan... Lebih cepat dan mudah! Kalau dalam ni kena membebel panjang-panjang. Masa I pun sekarang sangat terhad. Kerja lagi, menulis manuskrip tak siap-siap lagi, jaga anak, jaga hidup, jaga diri, jaga jodoh... ehh! Hover!

Okeh, what so ever ponggggg! Novelet bertajuk Kawan terkandung dalam Kompilasi Igau-Illusi by Tebook Press. Kalian boleh beli secara Online, dengan berhubung dengan Tebook Press di Facebook mereka. Atau boleh cari FB i - Tinta Wirdayu, kemudian PM mesenger... I akan balas mesej kalian...



Sinopsis? Tak payah la I tepek sini, You all kalau nak baca, sila beli... ada dua orang penulis lain juga dengan karya mereka... Kisah seram mistik!
Siapa minat boleh lah cari di pasaran... Thank You!

Friday, June 28, 2019

Gunung Silipat 20042019






Menulis bukanlah keutamaan sekarang. Mendaki juga bukan menjadi perkara nombor wahid. Mungkin telah menjadi sebagai hobi saja suka-suka. Terakhir kali bersama RGS mendaki Gunung Silipat. Terletak di selatan Thailand berdekatan dengan Betong yang berada di sempadan sahaja dengan negara Malaysia. Ketinggian cuma 600 meter dari paras laut. Keghairahan untuk pendaki mendaki gunung Silipat hanyalah kerana pemandangan awan karpet yang selalu di hebahkan.

Tapi pada 20April2019, sekumpulan 20 orang team RGS mendaki Gunung Silipat demi mengejar awan karpet. Bayaran dikenakan sebanyak RM160 (pakej yang dikenakan) untuk ke sana, mesti mempunyai pasport antarabangsa. Prosedur masuk ke negara Thailand seperti biasa. Chop Pasport. dan declare Geran kereta -jika membawa kenderaan sendiri. Ini kali ketiga I melepasi sempadan Thailand. Kali pertama pada tahun 2000-melancong dengan kawan2.Kali Kedua 2018- bercuti di Krabi, dan kali ketiga untuk mendaki Silipat.

Sabtu jam 8 pagi kami bertolak ke Sempadan, sampai sempadan dalam jam 1 petang. Berhenti di sempadan untuk selesaikan kemasukan kami ke negara Thailand. Chop Pasport dan Declare Geran kereta (kami pergi 4 biji kereta sendiri, so owner kereta kena bawak geran dan declare). Kemudian terus menuju ke kawasan Betong dan singgah di Masjid Negeri Betong. Jamak Zuhur dan Asar sekalian. Kemudian pergi lunch kat pekan Betong. Pekan Betong tu tak le besar mana. Ramai je jumpa orang Malaysia duk pegi travel and ride ke sana. 




Lepas makan team pun teruskan perjalanan ke kawasan Gunung Silipat. Jam 4 kami pun sampai di warung tepi sungai. Nama tempat tu apa tah, I pun tak ingat. Lepas tu Gogo kami Bangbad pun kawtim dengan orang sana utk 4wheel. Ok, jam 5 kitorang naik 4wheel sampai ke kaki Gunung. Lepas tu, kena jalan kaki sikit la, kalau tak hike tak le namanya adventure kan. Adventure sangat la daki bukit dalam kebun getah. Makcik kat Silipat tu, lek je noreh tanpa rasa bersalah. I pulak rasa bersalah sebab lalu kebun dia. 

Pancit juga la walaupun macam tak le jauh sangat. Huiii... pewai baq ang, benti tah bape kali teguk air. dah le panas and kering. Sabaq2! Lepas setengah jam, on off jalan, baru sampai campsite. Bapak oiii, ramai orang. Campsite dia macam resort, siap ada warung boleh ngopi2 baiii... speechless mak!  Menyesal pulak aku hangkut air berbotol2 dalam beg! Guide kitorang si Habib arrange khemah satu khemah boleh masuk 2-3 orang... Dasat tul. I, Eja & Ayu sekhemah... Khemah selesa namatik... siap ada karpet baq ang! kau tak payah la nak beratkan beg kau, bawak mat bagai... ko bawak bantal je!



Lepas tu, yang lain nak naik peak petang tu gak, padahal hujan. I and eja malas naik peak petang. SEbab nak naik pagi esok, baru lah indah dengan awan kapet kepuk2.... pastu malam tu dinner nasi paprik, siap ada BBQ maveles siak dia punya food! siap ada teh O panas... haisshhh.... dia punya servis memang terbaik!

Kengkonon nak mencari bintang la malam tu.... sekali hujan! so kitorang IcedBreaking je dalam khemah... borak2 sembang2 luah meluah... Nak bitau la, sejak join RGS, dorang ni dah macam adik badik I... gurau senda manja2 tu dah biasa ye... walaupun kadang I macam annoying... Tapi semua tu gurauan semata2... I love RGS tiada taranya!



Sesubuh ahad tu, lepas solat, terus team naik Peak.... Hek eleh! 10minit je naik peak? Tak berpeluh ok! Atas peak, punya ramai hikers.... ada breakfast oiii! Roti bakaq dengan 3 in 1 coffee and hot coklat... Tapi yang mencengkam perasaan, tunggu punya tunggu awan kepuk2.... kabus kepuk2 yang mampu I jumpa... Haila! Takde rezeki... Tak pelahhhhhh! Punya rasa jeles bila tengok gambar orang lain dengan awan kepuk2... tang I pegi... Nan Hadooo!!!!

Tapi takpe la nakkkk.... Mak redho! Gembira sangat bila dapat team yang sempoi, gila2 dan yang penting diorang sangat2 lah sporting... I memang akan repeat trip dengan RGS... sign mati la skang! RGS dihatiku kekdahnya.... Wuhuuuu!!!!

Turun dari peak, terus siap2 nak balik Malaysia... seharian duk luar negara, rindu keluarga di tanah air... cheehhhhh!!!! So, memang turun dari campsite kena jalan masuk kebun getah balik dan naik 4wheel semula untuk ke warung tepi sungai tu... Pengalaman yang best juga la pegi Silipat ni... Campsite cantik, ada toilet, ada warung... dan I rasa I akan repeat tapi with family kot... ChiaChiaChia... (Harap MrManeh I baca ini).... 


Eh, ada kisah bercuti pendek (short vacation dengan RGS lak... Nanti ada free time and idea I share okey!)

Sekian sahaja cerita pedih di Silipat- pedih tanpa awan karpet.... kehkehkeh!

Wednesday, February 20, 2019

lari dalam samar

Larilah,
laju dan laju tanpa toleh ke belakang
untuk lihat apa kau pernah ada
kekalkan langkah pantas agar
kenangan itu tidak langsung mengekori
tidak pernah lagi kenangan
tidak berisi dengan kosong
Lari lagi... laju lagi...
Jauh lagi...
Tolonglah, tinggalkan kasut yang rosak
dan sarungkan kasut yang baru
sebab denai yang kau mahu tempuh
lebih penuh liku...
kerana kau pernah ada sejarah...
dan sejarah itu akan tersingkap
bila jemu datang menerjah...
percayalah, sejauh mana larian mu hingga pancit
kau tetap dikenang dalam sakit...
sepantas mana kau buang memori lama
sedalam itu sakitnya bila kenangan kau diungkit...
Larilah lagi...
dengan kasut barumu,
moga kau tidak lagi sakit...

-dinadepp-20022019-rabu

Tuesday, January 22, 2019

Gunung Datuk 2.0 11112018

Hollaaa!!!!

Ini adalah kali kedua mendaki Puncak Gunung Datuk. Kali pertama masa ni...  https://biladinamenulis.blogspot.com/2018/10/gunung-datuk-rembau.html

Kali ni pun ikut team Redants, Dewi & Amir. Diorang bawak 55 orang orang line up budak-budak sekolah Cikgu Dewi. Firstly berkumpul kat dataran keris tu la. Stretching dan taklimat macam biasa. Maklumlah bawak budak-budak ni, kang tak bagi penerangan semuanya diredah je. 

Gunung Datuk sekarang ni pun dah ramai sangat orang daki. Dah macam shopping Mall. 

Start jam 5 pagi juga la... sampai lebih kurang jam 8 pagi... apalagi sampai2 kita makan. Panaskan bekalan makanan yang ada. 


Cerita pasal pacak Gunung Datuk ni rasanya dah cerita kat post sebelum ni. Pacak tetap sama la... Mana ada gunung yang tidak memacak. Kalau landai je, kau jalan la tepian pantai sambil menari-nari kan. 

Pemandangan dari puncak Gunung Datuk ni yang buat pendaki tak jemu-jemu untuk daki walaupun tahu dah kepacakannya kejam. 

my bestie hiking forever... ke mana je puncak mesti ada dia nih... kalau tak memang tak memuncak la I... hahahahaa... love Eja




Okeh, done #gunungdatukrembau untuk kali kedua... 

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...