Larilah,
laju dan laju tanpa toleh ke belakang
untuk lihat apa kau pernah ada
kekalkan langkah pantas agar
kenangan itu tidak langsung mengekori
tidak pernah lagi kenangan
tidak berisi dengan kosong
Lari lagi... laju lagi...
Jauh lagi...
Tolonglah, tinggalkan kasut yang rosak
dan sarungkan kasut yang baru
sebab denai yang kau mahu tempuh
lebih penuh liku...
kerana kau pernah ada sejarah...
dan sejarah itu akan tersingkap
bila jemu datang menerjah...
percayalah, sejauh mana larian mu hingga pancit
kau tetap dikenang dalam sakit...
sepantas mana kau buang memori lama
sedalam itu sakitnya bila kenangan kau diungkit...
Larilah lagi...
dengan kasut barumu,
moga kau tidak lagi sakit...
-dinadepp-20022019-rabu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yong Belar 2.0 05102019-06102019
Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...

-
27 October 2018 Dari KL jam 6pagi, Megat baru balik kerja malam dan minta I yang drive pegi Kampar. Sebelum masuk highway, Eja duk potp...
-
BBP 17022018 Fuyoh! Masa umur aku 17tahun dulu, Bukit ni la yang aku jejak dengan kawan2 Rakan Muda Meru, Ipoh. Bukan Meru Klang. Masa tu ...
No comments:
Post a Comment