Wednesday, October 31, 2018

Bukit Botak 11022018 #TB6

Seminggu plan untuk ke Bukit Botak ni. Dengar cerita Bukit ni bakal menjadi taman perumahan orang kaya2. Sebab tapaknya tu nanti akan dibangunkan. Maka nanti tak boleh la daki laki. Jadi, geng kali ni, I, Megat, Iwan, Eja, Piyo, Hazil, Fad dan Lin- sanggup turun dari Ipoh semata nak memanjat Bukit Botak.

Bukit Botak terletak di Puncak Alam, Selangor. Kiranya dalam daerah Shah Alam juga la. Dekat dengan UiTM Puncak Alam. Ketinggian tak dapat di pastikan sebab, nanti aku cerita... Hahaha.. Berbekalkan 10 keping roti canai, dan Megat akan buka dapur haram kat peak kami akan breakfast di peak la kekdahnya...

Gerak jam 6pagi lepas subuh, terus jalan menuju Puncak Alam. Sampai kaki bukit dalam pukul 7pagi. Jalan melalui kebun kelapa sawit. Permulaan jalan landai dan berbukit sedikit. Ramai juga orang yang ontrek skali... budak sekolah pun ramai. Trek pun santai dan landai, cuma biasala berbukit sedikit sebanyak, tak pacak. 

Mula, kami jumpa Bukit Cherakah. 


Bila sampai je Bukit Botak, masing-masing mati kutu cemana nak panjat.  Ni baru nak cerita. Rupanya, Bukit Botak dah tak wujud ye kawan2. Yang wujud adalah kawasan lapang yang telah di ratakan dan bakal dibuat pembangunan dan pembinaan. Kawasan itu juga telah diwartakan sebagai kawasan persendirian. Makanya, sepatutnya siapa yang masuk akan ditembak. Pihak pengurusan kawasan juga telah menggali longkang mengelilingi kawasan Bukit supaya tidak ada orang menceroboh dan mendaki Bukit Botak. Terdapat beberapa jentera pembinaan di kawasan tu. 



Tapi disebabkan kami2 ni ketegaq2 belaka. Maka, semua tu bukanlah halangan. Tetap juga nak panjat. Walaupun rasa payah yakmat. Payah betul weih, dengan tanah yg lembut dan seroi. Takde tempat untuk berpegang atau bergantung harap. Silap2 jatuh, boleh patah kaki. Tapi, demi nak mendapatkan view yang indah, maka, gigih juga la mendaki... berdebu habis...


Sampai peak, buka stove bancuh kopi makan roti canai... terbaiklah!




Turun Bukit Botak pukul 9pagi, panas berdenting... Masalah masa turun pula... nak panjat balik pada longkang yang agak tggi tu, memang mencabar... akhirnya selamat juga sampai ke check point akhir.

#donepuncakbukitbotak

KrabYai 280918-300918 #Part 4

Weehuu.... 

Day 3 Ahad 30-09-2018

Pagi2 bangun untuk sarapan sedap. Kedai semalam la jawabnya. Memang permintaan.Hari ni last day Trip kami. Dan akan pulang ke Malaysia sebelum 12 malam. Kemain macam Cinderella kan... Hahahaa... Sebenarnya nak singgah di Hatyai... Tapi sebelum tu kita jalan2 di Krabi Town... Pergi bergambar di Crab Statue. Aktiviti tak banyak sangat hari ni, just pergi 3 tempat, Crab Statue, Wonderland Park & Elephant Park... layan gambar je la kat sini... 

Crab Statue - dekat dgn Krabi Town, lebih kurang macam mercu tanda la, sebab aku tak nampak pun apa2 mercu tanda yg lain, mungkin juga disebabkan ketam atau crab ni yang menjadikan Krabi mendapat nama... haishh! Aku tak pernah baca sejarah tentang Krabi, sebab tak faham bahasa Siam... kahkahkah!





Wonderland Park -  Ni lebih seperti taman tema la... ada pool dan replika2... takde menarik mana pun. Ada juga belaan, eh!kambing je pun... hahaha... takde belaan lain... tempat budak2 bersantai mantai je... jalan pecah peluh gak la... sebab berbukit...





Sebab gunung belakang tu sangat cantik,maka kitorg wefie la...

Ha, 12 orang exsmkdas melancong ke Krabi... best kan!

Elephant Park - Haaa, ni kena bayar 500baht untuk 12 tahun hingga dewasa, 300baht utk kanak2. Naik gajah. Ain yang teringin nak naik. I memang tak nak la... I'm fight against animal cruel. Pernah tengok kat National Geographic macam mana diorang training gajah2 tu untuk menjadi jinak. Kejam dan seksa. I tak boleh lupa, macam mana diorang cangkuk kepala gajah tu dengan cankuk tajam dan gajah tersebut terpaksa mengikut arahan tuannya. Sedih. Menangis I masa tu. Tapi budak2 kan, mana ada lagi rasa kesian. Mereka tahu nak seronok sebab nak merasa tunggang gajah. Walaupun I pernah bagi kesedaran ni pada Ain. 



Floating Market, Hatyai- sampai sini dah jam 8 malam waktu tempatan. Tak ada yang menarik sangat. Ada jual macam-macam dalam boat yang terapung di sungai. I tak pasti nama sungai tu apa. Tapi nampak menarik dan tempat ni viral dalam Facebook.  Maka wajibla pergi kan. Ada juga live band, nyanyi2 bahasa Siam. I tak faham dan tak tahu nak rasa best ke tak. Bising dan bingit, nak bercakap pun kena menjerit. 



Kat sini kitorang beli makanan utk makan malam. I beli bihun sup & potato spring, sedap siot. Lepas tu ramai2 makan pulut mangga dan minum air kelapa. Eja beli baby crab goreng dgn udang goreng tepung. Masing2 buka makanan and makan sama2. 

Lepas lepaking kat Floating Market, hari pun dah jauh malam. Perjalanan ke Danok pun ada berbaki lagi 2jam. Jadi masing2 penat dan tak larat. Dan terbayang-bayang makanan kat Malaysia... Hahaha, Poyo sangat kan, konon macam rindu Malaysia la, padahal 3hari je pun kat Thailand... Dalam jam 11 malam baru sampai ke sempadan untuk cop passport.

Jam 3 pagi kami semua selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah.

Tamatlah percutian 3 hari 2 malam di Krabi & Hatyai bersama kawan2 sekolah....

KrabYai 280918-300918 #Part3

Day 2 Sabtu 29092018

Tour 4 Island (National Park) with lunch
Night Market Krabi Town

Sawadeekaa~

Pagi2 bangun dah, semangat weh, nak pegi tour pulau pulak. Guide ajak breakfast dulu. Dekat kedai area Aonang juga. Kedai kampungan je. Breakfast tempatan tau. Pilihan pertama adalah... jengjengjeng... Bubur nasi... Kat sini, lain sikit dari kat Danok. Bubur nasi sini, lebih sedap...Dan ada sayur2 mentah di sediakan. Roti Canai dia pun... wallaweiiihhh! Kena pula Nasi kerabu dia, tak pun pulut ayam... Ayam dia goreng dengan bijan... Marvelous namatik oii! Breakfast pun dah macam rasa nak gemop... eh!peduliklah gemop pun... kata holiday!

semua teruja nih, tengah tunggu van datang
breakfast dengan gembira sebab makanan semua sedap dan lazat... 

Kali ni, nak pegi pantai kami tak naik van mewah. Tapi naik lori. Nampak macam tuk tuk, tapi dipanggil lori. Klasik gila lori ni, dan paling best open air...
driver lori nak tumpang bergambar, takpe la kan, artis la katakan mana2 pun ada org nak bergambar... kehkehkeh

teruja naik lori... kahkahkah

Sampai pantai, guide bagi sikit briefing tentang keselamatan dan segalanya la. Lepas tu semua pun naik boat. Boat dia pun cantik..klasik dowh... Mungkin kerana rombongan kami semua2 ni dah umur 40 maka semua kenderaan pun dia bg yang klasik2... huhuhu

Pulau pertama yang kami pergi, Chicken Island. Hah, kat sini kami lepak2 sambil mandi2. Tapi tak semua mandi kat sini... semua pun teruja nak bergambar je, memandangkan air laut sangatlah jernih....

hambek kau feeling sangatkan... pinjam topi dak Ira...
Ni la dia, mak2 orang yang dah tak sedar diri memasing pun gumbira tinggalkan laki kat rumah... kahkahkah!
Benda paling wajib... wefie...

Lepas berpoya-poya di Chicken Island, semua pun bergerak ke destinasi kedua. Kali ni kita snorkling lak. Part ni paling teruja la... Padahal ikan semua sama species... belang2 je semua... takde pulak ikan warna warni macam dalam TV tu... ahh! pentipu sungguh la...



Haa...tengok la ikan dia semua belang2 kan... haisshhh!

Destinasi ke 3, Unseen Krabi Island... yang ni pun anak2 je mandi... mak2 ayah2 semua lepak tepi je... bergambar adalah kewajipan setiap insan...

kat sini I fefeeling Hindi... best gila suasana masa ni, sebab tak ramai orang... tapi sekali datang boat lain, terus lame... hukhukhukkk
janji ada signbod, maka di situlah tempat berkumpul ramai2 untuk wefiee...

Destinasi ke 4, Island yang taktau namanya apa... tapi I gelar Cave Island, sebab ada gua kat situ... cantik sungguhla... kami berhenti makan lunch kat situ. Lunch dia, nasi putih dgn ayamcincang masak xtau, dan telur goreng... sedap gak la... Tapi orang Thailand ni suka makan nasi dengan sos ikan yg bau busuk tu... mcm ikan masin punya air jeruk. Tapi sedap gak la benda tu bila dah campur. Lagipun dah lapar, kau telan je lah labu... jangan banyak songeh!

suka tengok gua ni, boleh je nak panjat dan melawat dalamnya, tapi, Juragan boat, ajak balik cepat, sebab tiba2 air pasang dengan cepat. dia takut laut bergelora dan hari hujan. Demi keselamatan dia merayu kami untuk pulang... eceh!
cantik sangat gambar ni... haachummm!

Habislah pulau2 yang berempat tu kami jejaki... Pengalaman unik dan menarik. Air laut dia, jernih yakmat, mana kau nak dapat air mcm gini kat PD... aishhh... Pangkor tu jernih gak la, tapi keruh gak skang... Sini, dia punya laut... MasyaAllah... terus kau rasa taknak balik dan nak beranak pinak lak kat sini... Eh! 

Balik dari Pulau2 tu, terus balik hotel rest dan mengelamun... Malam pula, kitorang pergi Night Market... Dekat Krabi Town... Ala, takde le best mana... Babi je banyak jual... pekena aiskrim kelapa je la kot, dan dinner skali kat kedai dalam town tu... Boleh la, takde sedap mana... Janji perut berisi. Dan makanan dia biasa je harga dia mcm kat sini gak.... 




ni makanan eksotik yang terjual di night market... yang lain2 tu kebanyakannya kerbau pendek... ada juga makanan halal dan banyak juga benda yg boleh di makan terjual di situ... cuma sebab dah kenyang makan kat kedai tu, jadi tak de selera nak beli lagipun memandangkan kedai makanan berasaskan babi pun sebelah2 je kedai makanan yang halal... 

Katanya, walaupun penjual memakai tudung tidak semestinya dia Muslim dan menjual makanan halalan toyiban... Jadi lebih baik la berhati-hati... sebab ada je diorang tulis Halal, tapi tidak semestinya ianya halal ye kawan2... Sila la pergi ke kedai yang terjamin halalnya...

Settle Night Market, balik pegi ngeteh pulak kat Kedai Hasanah area Aonang, saja nak lepak2 sambil membawang. Tapi satu van lagi dah terlajak ke hotel... So satu van je la membawang... 

Balik dari tu apalagi, sayonara la dunia! Bom kebabommm pun tak sedar.. 

Eh! kena sambung part 4 lak ye... padahal tak best mana pun ceritanya.... panjang je!

Tuesday, October 30, 2018

KrabYai 280918-300918 #Part2

Setelah beristirahat ala kadar kat hotel. Malam pulak, cari apa lagi... Makannn laa kannnn!!! Rugi gila kot tak try seafood kat Thailand ni. Memang rugi kalau tak pekena tomyam kaw2 dia. Siapa makan sure lepas tu boleh cakap Siam... Kap kumm kaaa~

Pukul 6 waktu tempatan, semua dah berkumpul. Memula nak pergi jenjalan pekan Aonang, tapi kata Guide tu, mahal kalau nak beli souvenir... So dia bawak la ke tempat yang murah. Dapat la beli Tshirt 3 lai, dengan key chain utk kawan2 Ain... Aku punya bajet tak banyak. Sebab nak jenjalan je, takde la nak beli souvenir bagai... Ain je nak buktikan kat kengkawan dia pegi obersi... kahkahkah!

Restoran Bangboo Seafood pilihan kitorang. Sebenarnya, Guide kitorang yang kacak bergaya tu la yang bagi idea ni. Katanya sedap, walaupun mahal sikit. Lagi pun dekat dengan town, boleh la jenjalan town katanya kalau dah lepas makan.

Dia punya meja dan kerusi semua dari buluh baq ang... klasik dan unik kan... tapi nak angkat kusi dia bukan main seksa... berat ngat! Tapi makanan dia memang terbaik la... fresh baq ang! 


kecoh la makcik ni pilih ikan dengan ketam... 

sepanjang2 meja la kitorang je 

seriusly I baru pernah pegang lobster... baru pegang dan tak pernah rasa lagi tau... Mahal gabak, tak berani nak makan haiwan ni...
Siakap 3 rasa
Siakap stim limau 
Sutun guring tepung 
ketam masak apatah ni

kailan ikan masin
somtam

Over all, masakan dia memang terbaiklah... kami makan 20 orang lebih kurang dalam RM800...  termasuk nasi tambah dan air 5 jug, setiap lauk tu ada 3set, semua pun haiwan2 lautan, takde haiwan daratan yang di order... makanan puas hati, kenyang terbongkang dowh.... 

semua tersengih kegembiraan sebab makan malam yang enak dan menyelerakan...

over tau, lepas makan sume kenyang, mula la merepek keluar
I dgn Saz, over gak nak bergambar sebab tudung sama kaler... nampak tak meja kerusi restoran tu dibuat dari buluh

Me & Ain berlatar belakangkan masjid Aonang, macam Istana Sinbad... warna warni, cantik sangat aihh!

Lepas sesi fotografi dan makan2, konon nak jalan2 sekitar Aonang, tiba-tiba hujan lebat... Maka, akhirnya kami pulang ke hotel... elok jugala, sebab I kan allergic seafood, I makan ubat, sampai bilik memang tertidur tak sedar diri dah. Bangun pagi-pagi, tengok muka tangan semua berbirat bekas garu... Ain cakap, mak ni tidur tapi tangan tergaru sana sini... Hambik kau penangan seafood... Mujur tak bengkak bengkil!

Eh sambung lagi la part 3 lak... Day Two pulak ye...

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...