Holla! D nak cerita pasal semua perkara tentang travel, aktiviti mendaki and apa saja yang boleh D kongsi dengan korang... D dah lama tak menulis, sebelum ni D ada blog juga, tapi dah lama sepi dan D tak mahu sambungkan cerita di blog itu lagi... So, D buat blog baru yang lebih cozy and happening... (skroll eyes) Bahaahahahaaa...
Okeh, first of all, D nak share permulaan D mencari puncak. Hujung tahun lepas punya cerita ni wei, D and kengkawan D cuba mendaki puncak Bukit Berekeh di Sg Siput Perak. Dengar citer awan karpet kat sana memang awesome gila babas... So, dengan keyakinan dan ketabahan, maka kami pun mula mendaki.
Mula-mula semua la berkumpul di kedai mamak D'Arab Meru Raya, tunggu la seorang2 datang. Ni kawan2 yang tidak dikenali yg D tunggu. Kawan2 baru dari team RGS. Kawan2 yang dikenali memang dari rumah dah sekalian jalan. D, Saz, Eja, Mija, Bangman, memang pegi satu kereta.
Permulaan mendaki jam 3 pagi, masa tu memang macam, eh! apa kes nak daki tengah malam ni belum subuh lak tu, kau tak takut hantu ke hanat? Bahahahahaa... gila puakakan cari apatah, tengah malam kul 3 nak jalan dalam hutan sebab nak mendaki bukit, Haishhhh!
Pentingnya nak tengok awan karpet adalah kita kena la sampai sebelum Subuh, lol! (lol yang dimaksudkan di sini adalah "tolol") Bahahahaa! baiklah, pendakian itu memang menyakitkan hati. 2 3 kali D muntah terbelahak dowh, rasa tak sanggup nak sampai. Rasa nak patah balik. Menyesal tu tak payah la cakap. Jubake sangat rasa bila kena teruskan juga, sebab kawan2 yg lain dah nak sampai, dan D masih terkial-kial. Patah hati siapa yang tahu.... Huh!
Akhirnya kami sampai ke puncak sekitar jam 6 pagi. Solat Subuh di puncak dan minum kopi... heaven wei, dengan angin sepoi2 bahasa. Tengah tunggu sambil lepak kat atas ground, bawah Berut, si Mija dah pewai, terbaring lesu, D lepak menyandar. 2x muntah menyebabkan perasaan tak tahu nak cakap penatnya. Mija yang berbaring terasa sesuatu menimpa dia,
"Eh, air apa ni? nak hujan ke?" Mija bersuara. Bangman pula dengan selamba menjawab.
"Air peluh aku, jatuh dari headlamp ni," sambil tangannya menyangkut headlamp pada tiang Berut.
Mija terus bangun, hajat nak melenakan diri terbantut.
"Kurang asam Bangman, air peluh dia kena muka Mija, nasibla tak masuk mulut," Mija merungut...
Bahahahaa... lepas tu Mija terus dapat energy turun Berekeh dengan super power dari peluh Bangman.
Bergambar adalah kewajipan bagi setiap insan. Maka, melayan gambar adalah perlu. Berekeh tidaklah setinggi mana, lebih kurang 454meter dari paras laut. Terletak di daerah Sg Siput, Perak. Lebih kurang satu jam untuk sampai dari Bandaraya Ipoh. Berekeh terletak dekat dengan perkampungan Orang Asal.
Awan Karpet? Huhuhuhu... memang tidak ditemui langsung. Kalau tahu, D bawak karpet Ikea dari rumah, boleh gak guling2 atas puncak. Patah hati bila awan yang dikejar tidak ditemui, yang ada cuma awan yang terpilu... sob...sob...sob!
Tapi tak apa lah, janji kita dapat kawan2 baru dan enjoy mendaki dengan gembira. Oh gembira!!! Rasanya hati pengembara... dapat pulang, bertemu dengan yang tersayang... eh! Tu lagu raya...
Sekian....
No comments:
Post a Comment