Kerana keinginan yang meninggi untuk mencari 30 puncak dalam masa setahun. Maka, puncak pertama yang dijejaki untuk tahun 2018, adalah Gunung Datuk. Pergi 12 orang semua, D, Eja, KakMah, Amir, Megat, Dewi dan kawan2nya dari Terengganu (tak sempat berkenalan lama). Dan 3 orang budak, anak Amir 2 orang n kawan anak Amir. Pengalaman Gunung Datuk ni sangatlah rasa nak terbelahak juga. Muntah juga sekali. Pewai jangan cerita la, trek memacak. Mula naik pukul 3pagi waktu tempatan. Penat dan pancit. Susah nak cerita.
Mujur Megat ada tolong bawakkan beg. Amir bawak breakfast. Dewi yang tak sihat asyik tidur on track. Dengki tau tengok perempuan tu. Boleh santai mantai sambil tidur. Gila padu. Kak Mah pun laju je berlari nak pergi peak. I yang terhegeh-hegeh macam penagih. Menyampah tau. Padahal baru je pergi Berekeh, kira stamina tu power lagi la kan... Tapi agak hampeh, asyik la berhenti rest. Dah la seram... Bahahahaha...
Demi matahari terbit, kugagahi jua. Pakai pula seluar army Malaysia adikku Joe yang bagi, berat nakmatik. Susah pergerakan, maka tidak disyorkan memakai selua army untuk mendaki. Kau fikir kau askar Malaysia yang padu dan dah cukup training tu? Haila... memang jenuhlah! Tapi apa-apa pun tahniah pada diri sendiri sebab, sampai juga ke puncak.
Sampai puncak bukan main kau menari inang la zapin semua ada. Puncak Gunung Datuk ni ketinggian 870meter dari aras laut. Terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Tahap trek memang mencacak tak ada diskaun sangat. Tapi banyak tempat boleh rest dan ambil nafas. View sangatlah terbaik. Awan karpet, takde. Dan masa pergi ni, cuaca siang sebenarnya panas merelit. I dan kawan2 naik pukul 3 pagi sampai peak pukul 6 pagi. Solat Subuh di peak dan sarapan nasi lemak Dewi masak.
Tengokla, si Dewi sampai je terus tidur. Tak heran dah dia dengan keadaan semasa. Anak dia tu pun heran, sampai2 je lebuhhh.... Haila Dewi... I nak tidur pun tak boleh, sebab penat sangat kot. Duk la tunggu hari siang nak tengok matahari terbit kengkununnyalah...
Memang terbaik sinaran mentari pagi... semua muka ada senyum bila dapat view yang sangat indah. Terima kasih Tuhan. Walaupun rasa nak pengsan mendaki tapi... wallah.... cantik sungguh la view dia... nampak Rembau Most Wanted Yauuu!
Ok, Gunung Datuk #done!
Menurun pula jadi topik. Ketar lutut oii... Masa I naik memacak, tengah malam gelita, tak nampak la batu2 yang ada, I naik tak tengok keliling dah, macam mana nak tengok gelap kan? Bila I turun, MasyaAllah, betapalah tingginya I naik tadi. Duk asyik tanya Eja, "Ini ke yang kita panjat tadi? Kenapa tadi tak rasa tinggi?" dan jawapan Eja... "Hadap je lah, Hanat!" Terus I terdiam... hadaplah hanat oiii!
#gunungdatukrembau
#pacakteruk
No comments:
Post a Comment