Wednesday, October 31, 2018

KrabYai 280918-300918 #Part 4

Weehuu.... 

Day 3 Ahad 30-09-2018

Pagi2 bangun untuk sarapan sedap. Kedai semalam la jawabnya. Memang permintaan.Hari ni last day Trip kami. Dan akan pulang ke Malaysia sebelum 12 malam. Kemain macam Cinderella kan... Hahahaa... Sebenarnya nak singgah di Hatyai... Tapi sebelum tu kita jalan2 di Krabi Town... Pergi bergambar di Crab Statue. Aktiviti tak banyak sangat hari ni, just pergi 3 tempat, Crab Statue, Wonderland Park & Elephant Park... layan gambar je la kat sini... 

Crab Statue - dekat dgn Krabi Town, lebih kurang macam mercu tanda la, sebab aku tak nampak pun apa2 mercu tanda yg lain, mungkin juga disebabkan ketam atau crab ni yang menjadikan Krabi mendapat nama... haishh! Aku tak pernah baca sejarah tentang Krabi, sebab tak faham bahasa Siam... kahkahkah!





Wonderland Park -  Ni lebih seperti taman tema la... ada pool dan replika2... takde menarik mana pun. Ada juga belaan, eh!kambing je pun... hahaha... takde belaan lain... tempat budak2 bersantai mantai je... jalan pecah peluh gak la... sebab berbukit...





Sebab gunung belakang tu sangat cantik,maka kitorg wefie la...

Ha, 12 orang exsmkdas melancong ke Krabi... best kan!

Elephant Park - Haaa, ni kena bayar 500baht untuk 12 tahun hingga dewasa, 300baht utk kanak2. Naik gajah. Ain yang teringin nak naik. I memang tak nak la... I'm fight against animal cruel. Pernah tengok kat National Geographic macam mana diorang training gajah2 tu untuk menjadi jinak. Kejam dan seksa. I tak boleh lupa, macam mana diorang cangkuk kepala gajah tu dengan cankuk tajam dan gajah tersebut terpaksa mengikut arahan tuannya. Sedih. Menangis I masa tu. Tapi budak2 kan, mana ada lagi rasa kesian. Mereka tahu nak seronok sebab nak merasa tunggang gajah. Walaupun I pernah bagi kesedaran ni pada Ain. 



Floating Market, Hatyai- sampai sini dah jam 8 malam waktu tempatan. Tak ada yang menarik sangat. Ada jual macam-macam dalam boat yang terapung di sungai. I tak pasti nama sungai tu apa. Tapi nampak menarik dan tempat ni viral dalam Facebook.  Maka wajibla pergi kan. Ada juga live band, nyanyi2 bahasa Siam. I tak faham dan tak tahu nak rasa best ke tak. Bising dan bingit, nak bercakap pun kena menjerit. 



Kat sini kitorang beli makanan utk makan malam. I beli bihun sup & potato spring, sedap siot. Lepas tu ramai2 makan pulut mangga dan minum air kelapa. Eja beli baby crab goreng dgn udang goreng tepung. Masing2 buka makanan and makan sama2. 

Lepas lepaking kat Floating Market, hari pun dah jauh malam. Perjalanan ke Danok pun ada berbaki lagi 2jam. Jadi masing2 penat dan tak larat. Dan terbayang-bayang makanan kat Malaysia... Hahaha, Poyo sangat kan, konon macam rindu Malaysia la, padahal 3hari je pun kat Thailand... Dalam jam 11 malam baru sampai ke sempadan untuk cop passport.

Jam 3 pagi kami semua selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah.

Tamatlah percutian 3 hari 2 malam di Krabi & Hatyai bersama kawan2 sekolah....

No comments:

Post a Comment

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...