Perjalanan KL-Ipoh by car (tumpang Bad)Jam 8-10pm
Lepak Naina pekena Nancis duluan...
Perjalanan Ipoh-Danok by van (agent trip)12pm-5pagi(sempadan)
Day 1 - Jumaat 28-09-2018
Sampai di Danok jam 5 pagi, chop passport dan buat pengecaman kemudian terus masuk ke kawasan Thailand untuk tukar van ke Krabi dan sarapan. First time sarapan bubur nasi sedap dengan kuih muih street yang terjual sekitar pekan Danok. Terbaik la kuih muih dia...
Kuih ni sedap yakmat, isi nya dia letak jagung/keladi/daun bawang... rasa lemak manis masin... 10potong rm2 lebih kurang la... sedap siot!
Bubur nasi Danok untuk sarapan pagi, dia letak hirisan halia, ladasulah, daun bawang, telur separuh masak dan kacang tanah... habis semangkuk, sedap sangat!
Ni ahli rombongan sibuk beratur menunggu order untuk sarapan memasing
makan dengan gembira sebelum meneruskan perjalanan, dengar citer perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6jam... mau melecet bontot duk dalam van... bahahhaaa
Selepas sarapan, perjalanan pun bermula. Menuju ke destinasi- Krabi. 20 orang ahli rombongan, bersama 5 orang bawah umur (anak2), dan 12 orang kawan sekolah. Meletupskan, boleh bercuti dengan kawan sekolah... Hebat kan... Dah la tu, kawan dari Form 1, kau ado?
Sebelum tu kami singgah beli simkad untuk internet berpanjangan... ewah, simkad tu lebih kurang RM20 tau, tapi internet dia memang ohsem, unlimited beb... ke mana saja... kau pegi 3h 2m, kau guna internet dia sampai lebam... tengah pulau pun dapat line beb!
Destinasi pertama, untuk lunch dan mandi, RnR Trang. Bukan Trang bulan... hahahah... Trang, Thailand. Pukul 12 sampai di RnR ni, kami pun turun, mandi dan solat. Makan sekalian la.
I bawak Ain, saja nak bawak dia bercuti, selalunya mak pergi dengan kawan2 tinggallah dia keseorangan sebab takde bajet, tapi kali ni, I bawak dia... saja nak bagi dia happy...
Jumpa signbod tulisan siam pun teruja, apa nak jadi la dorg ni sume... ni semua kawan dari form 1 ye, exsmkdas... memang kami rancang percutian ramai2 macam ni untuk jimat belanja...
Luncheon with friends...
Eja bawak Nana, Bad bawak I-Scha, Asmah bawak Atif, Ira bawak Umairah
Smile...
Lepas makan, mandi dan solat. Kami teruskan perjalanan lagi menuju ke puncak... eh! Bukan... menuju ke Krabi. Dengar cerita indah sangatkan Krabi tu... perjalanan jauh ni, kalau tak dapat scene yang indah2 memang menyesal.
Oh, lupa nak bitau, pakej kami adalah RM500 seorang, dalam pakej termasuk Hotel, Van Persiaran dan Guide. Untuk Tiket National Park kena tambah RM52 (400baht). National Park tu adalah 4 pulau di Krabi ye, jangan salah faham. National Park bukan Taman Negara macam kat Malaysia. Taman Negara kat Krabi adalah laut dan pulau. Maka 400baht adalah untuk bayaran penyelenggaraan. Murah kot kalau di bandingkan dengan apa yang korang alami di 4 pulau tu. Nanti kita story pasal 4 pulau di Krabi... okey!
Wefie dalam van, puas hati van dia memang selesa... 10 orang untuk 1 van, kami pergi 20 orang, jadi 2 van lah... itu pun tak reti nak kira... hahahaha
Dalam pakej tu tak termasuk makan minum. Makan minum adalah sdn bhd. Siapa pula nak tanggung makan kau kat sana. Makan la sendiri pun kan... ehh!
Dalam pukul 4 petang kami sampai di Aonang. MasyaAllah, pertama kali tengok pantai di Aonang, terus jatuh cinta... cantik sangat! Melalui pekan Aonang, kami ke hotel, Hotel di beri nama Pornthrep Hotel terletak di tepi pekan Aonang. Kira dalam kampung juga la. Tapi kampung dia, Family Mart pun hado. Anak I mula la berkira2 nak beli Oden bila sampai Hotel... dalam van, anak2 semua duk kira baper Family Mart yang ada kat Aonang... Kelakar betul! Kat PJ ni baru ada 1 kat Amcorp Mall, itu pun tiap minggu la Ain duk ajak pegi sana makan Oden... Hailaa...
Check-in Hotel Pornthrep, tengok2 bilik dia... wow! I ingat bilik taraf2 hotel ahseng je, hambekk kau, kerlass kau jaahhh!
Muka penat yakmat, tapi bila tengok hotel indah dengan katil yang cantik gitu, muka sangat puas hati... lantakkan TV tu cakap siam... ehhh!
Nantilah, sambung Day 2 lak ye... panjang sangat pun!
No comments:
Post a Comment