Thursday, November 8, 2018

Bukit Batu Putih PD #TB14

01042018 - Bukit Batu Putih, Port Dickson, Negeri Sembilan
"Eja, apa kita buat ni? 2hari sampai 3puncak kita nak sapu..." rungut I pada Eja. Sebab kaki I dah mula sakit. Lutut sangat rasa macam tak mampu lagi nak seret. Tapi sebab dah janji nak bawak juga kawan2 ke Port Dickson, jadi kenalah kita tepati. 
"Aiseh, bukit je Depp, kau boleh punya... Jom, jangan mengalah cepat sangat!" Eja cuba memujuk. Memang I dah rasa berangin gila dengan Eja. Sebab lutut i dah rasa pedih, and I prefer to rest dalam kereta je. Biar diorang je naik BBP dengan gembira. Tapi dia langsung tak bagi I peluang itu...  I follow juga. Walaupun sentap! 

Starting point Bukit Batu Putih Port Dickson adalah di PNB Ilham Resort. Memang betul-betul kat tepi hotel tu. Pintu masuk kena bayar RM1 ye. Sebab dia termasuk dalam kawasan lawatan dan rekreasi. So kena bayar. Alaa... singgit je pun! Kalau tak nak bayar singgit tu, kot la rasa rugi namatik kan... korang boleh la ikut jalan pantai, nak ikut mana tu sila la cari jalan sendiri... I tak tahu! Bahahaha....
 Eja & Lily tersenyum gumbira nak start... I is muka macam jubake, sebab kena paksa dengan minah pakai topi tu... I jalan seret kaki beb... Memang tahap tak larat tu melebihi tahap nak pegi... 

Tapi mujurlah, trek Bukit Batu Putih PD ni santai mantai landai gila... Boleh selpi celah2 pokok. Walau pun jam 3petang masa tu, tak rasa panas. Sebab memang redup berjalan di bawah pokok2 yang cantik2 tu...
Tapi nak menaikkan diri ke puncak tu biasalah... mana ada yang landai. Namanya pun puncak kalau tak mencacak, tak sampai la puncak kan... kan... 


Seret kaki bagai nak rak, dengan lutut berbalut lagi. Lutut tu memang buat perangai la kan. Sejak dari Gunung Siku minggu sebelumnya, duk seret lagi sampai ke BBP PD ni. Bukit Batu Putih ni memang terletak di sebelah laut Selat Melaka. View memang sangat awesome la, sebab boleh nampak laut membiru.

Bila dah turun dari peak, mula la kau rasa kau paling sado kan... buahahahahah!

Lepas turun tu, yang dari Ipoh pun pulang ke kampung halaman masing2... I, Eja, Fadh & Azri pulang le menuju sarang... 

2 hari 3 bukit dowh... kau mampu?
#bukitbatusawa
#bukitsenaling
#bukitbatuputihPD
#done 

Bukit Senaling 01042018 #TB13

Sehari selepas memanjat Bukit Batu Sawa, kawan2 dari Ipoh pulak datang nak hiking bersama. Saz, Tokdin, Lily, Shila & Aten, sanggup turun dari Ipoh untuk cari pengalaman hiking ke bahagian selatan nih. I cadangkan Bukit Senaling. Memandangkan I pun belum pernah jejakkan kaki ke sini. So, I ajak la Azri dan Amir sekali. Fadh dan Eja adalah wajibulghunnah untuk turut serta. Diorang sahabat2 hiking I yang paling setia menunggu walaupun kawan diorang ni lambat macam siput.

Janji bertemu di Tol Seremban, lepas tu masing2 gerak ke Bukit Senaling. Dalam pukul 4 pagi gitu. Perjalanan dari tol tu ambil masa lebih kurang sejam jugala. 

Bukit Senaling terletak di daerah Kuala Pilah berketinggian lebih kurang 394meter. Dengarnya, dari sini boleh dapat awan karpet. Maka, kerana itulah, sanggup mendaki jam 5pagi semata-mata untuk mendapatkan awan karpet impian... wahahahaa!

Ok, Bukit Senaling ni, starting point dia memang dalam kawasan kampung. Pihak orang kampung juga yang menjaga kebersihan dan keadaan bukit. Mereka juga akan menghantar guide, bantuan atau rescue kalau ada apa2 terjadi pada pendaki. Untuk itu, caj bayaran RM15 dikenakan untuk setiap pendaki. RM20 caj bayaran sekali dengan breakfast, wow kan... macam hotel pulak... kihkihkih! Tapi sebelum mendaki, kita kena register dulu kat kaunter.

Lepas register, mula la pendakian kami. Melalui jalan tanah merah dulu. Suasana gelap sebab start jam 5 pagi lebih kurang. Jalan agak landai, tapi masih perlu mendaki. Berpeluh juga lah. Ikut pula ladang kelapa sawit, jalan yang tak rata dan berlumpur kalau hujan. 



Lebih kurang jam 6.30 pagi kami sampai puncak. Solat dan lepak kejap sambil tunggu cerah, nak bergambar. Tokdin dan Amir dah sampai dulu peak, diorang yang buatkan teh dan breakfast untuk kitorang yang terhegeh-hegeh ni kan... So sweet dua orang tu!

Sampai peak, kitorang mentekedarah je la... hahahaa... apa de hal! Sambil tu layan matahari terbit di ufuk timur... eceh!

View cantik, tapi awan karpet yang diimpi2kan itu tidak kelihatan. Huhuhuhu... keciwa lah nampaknya... Tapi tak apalah, janji sunrise dia menggiurkan... Masa nak balik tu, panas berdenting gak, walaupun jam masih awal. Hitam kulit mak, nakk!


Wefie time... Takde benda yang paling seronok dibuat bila sampai ke puncak. Bergambarlah sampai lebam, bukan kena beli kodak pun kannnn...

5 orang ni adalah exschool mate yang suka hiking... harap2 dapat la hiking sama2 macam dulu... sebab ada yang tak dapat join pasal faktor kesihatan...

Balik dari Bukit Senaling ni, kita nak sambung memanjat lagi. Jeng...jeng...jenggg....!!!

#done
#bukitsenaling

Bukit Batu Sawa 30032018 #TB12


30032018 - Bukit Batu Sawa, Jelebu, Negeri Sembilan.

Yeah, I did it dengan team Redants Hikers lagi. Dewi sebagai Gogo & Amir sebagai Sweeper. I and Eja tumpang kereta Azri Capang. Menuju ke Jelebu. Line up tak ramai sangat. BBS ni adalah Bukit baru teroka. Tak ramai yang naik. Tinggi lebih kurang 333 meter. View pun indah. 

Trek santai2 mak jemah, cuma masa nak mencapai puncak tu, dah tentu la memacak. Dah namanya bukit, kalau kau nak jalan tu landai sampai puncak, tu susah juga nak buat tu... kena buat trek keliling bukit la kot... 

Si abang Guide tu cerita, pernah ada orang hilang kat bukit ni dua tahun lepas, sampai sekarang tak jumpa. Aish, seram lak kan... Ish, dah kita yang datang tempat dia, bukan dia yang salah pun. Kalau datang tak minta izin kan dia marah la kan... huhuhuhuuu

pewai di akal jasad di puncak


sekian

Bukit Batu Suloh 11032018 #TB11

Balik dari Siku, tidur kat Batu Gajah. Eh, I memang orang Perak, rumah my mom kat Batu Gajah. Tapi rumah tu memang takde orang tinggal. Kalau cuti sekolah je my mom balik sana dengan cucu2nya. Kalau tidak memang jadi istana hinggap je. So, Eja & Aten pun tidur kat Batu Gajah sekali. Sebab, Ahad tu nak mendaki lagi... ke Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta. 

Ni memang plan dengan Tokdin, Saz, Zie, Eja & Aten. Sampai sana Tokdin bawak kawan dia Krill. Apakegilanya kan, Sabtu panjat Gunung, Ahad sambung membukit... Padahal kaki sakit lagi kot turun Siku.

Trek dari bawah biasa2 je... nak menuju puncak, luar biasa pacaknya... berbatu lak tu. Tapi okeylah, walaupun sakit kaki, berjaya juga menawan Bukit Batu Suloh. 

Pemandangan 360 darjah wei, yang paling cun sebab ada empangan. Nampak empangan Sultan Azlan Shah atau Ulu Kinta Dam. 

Done Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta...

Aaaa... Jom balik KL

Wednesday, November 7, 2018

Gunung Siku 10032018 #TB10

Holla!!!!

Trip kali ini, I join GBK, Geng Bukit Kledang. GBK ni ketuai oleh Gogo Eddie Radzi. One of my childhood friend. Sama2 pegi tadika. Sama2 main galah panjang. Rumah selang berapa buah je. Dia dah main bukit bukau ni dalam 3 tahun kot. Lebih kurang la... 

So, Gunung Siku terletak di Cameron Highland ye tawan2. Tingginya 1916 meter dari paras laut. Perjalanan aku dengan Eja dari KL, macam biasa la, smooth je. Lepas tu kena pick up sorang line up kat Tapah, Aten namanya. Ingatkan baya2 I alls, rupanya budak lagi. Eh! Mak dia pun dekat2 baya I alls. Lepas pick up Aten, terus menuju ke Ipoh, ambik si Tokdin pulak dulu. Sebelum tu singgah rumah adik Eja, buat sandwich dan masak Nasi Herba buat bekalan. Pot luck nak kenduri atas peak katanya. 
saat manis bersama mija, saz & eja... masjid lojing

Jam 3pagi, jalan menuju Lojing, lepas ambil Tokdin. Sampai Lojing lebih kurang jam 5.30 pagi. Duk singgah minggah tunggu diorang. Sampai Masjid Lojing, bahagikan ration nak bawak and tunggu line up lagi. Lepas solat Subuh, barulah semua mula bergerak ke Blue Valley, kebun sayur2an di Cameron Highland. Cuaca sejuk dan basah. Kabus tebal, sampai tak nampak kereta depan. 
wakil Redants Hikers, Encik Amir Hizam juga turut serta... hahahaa-skema


Starting point kat kebun terung. Lepas je Gogo GBK bagi briefing dan perkenalkan krew2, buat senaman sikit dan baca doa, kami pun mulakan perjalanan. 

Gunung Siku ni juga ada mossy forest. Apakebendanya mossy tu? Haaaa... nak bitau le ni, mossy adalah lumut, mossy forest adalah hutan berlumut... Hahahaha... Tu pun taktau! Translator kan ado... Ceh! Okey, sebenarnya hutan2 di Cameron Highland adalah sejuk, dan terdapat lumut-lumut yang tumbuh dan hidup di permukaan batang pokok2 lain, lumut2 ni menumpang pada bahagian pokok2 tersebut, dan menjalar sehingga membentuk seperti karpet bewarna hijau di semua permukaan termasuk batu, tanah, batang pokok dan apa juga yang ada di dalam kawasan tersebut. Pembentukan ini lebih menarik bila ianya kelihatan tergantung dan berselerak. Ada juga yang menyamakan pembentukan mossy forest ini macam scene dalam filem2 barat, seperti Lord of the Ring la, Avatar la... Mungkin mossy forest terletak di barat lebih cantik dan menarik... sebab sana kat 4 musim.... Haila, dah la panjang sangat!

Okey, dah tau kan pasal mossy forest, jom kita sambung... Sampai kebun terung, berselpiak duluan la apa lagi kan... Maklumlah, sebelum naik Gunung, cantik, bersih, wangi....
sempat selpi kat titian hasrat ni sebelum runtuh minggu depannya oleh team lain... kahkahkah

Start mendaki jam 8 lebih kurang kot. Katanya dalam masa 3jam bakal sampai ke puncak. Maklumlah 1916 meter kot, bapak tinggi, gunung derr... gunung! Eh, korang jangan nak poyo sangatlah, Gunung Siku ni, kau naik atas sampai Lojing ni pun dah 1500 meter by car. Kau nak naik pacak gunung tu, lebih kurang 400 meter je baii... tak payah acah2 kau ohsem sangat lah!

Trek dia waktu I pegi, sangat berlumpur. Tergolek, tersembam, terjerombab semua cukup. Pacaknya juga tidaklah keterlaluan sangat, walaupun ada masanya macam tak cukup nafas. Jenuh kembang kempiskan hidung nak bagi udara masuk. Sejuk jangan cerita la, dalam 16 darjah celsius kot. Punya rasa menggigil. Tapi alhamdulillah tak ada yang hypo...

beginilah treknya kawan2 sebelum sampai ke mossy forest


cantik sungguh la suasana hutan tu, bergambar adalah perkara paling wajibulghunnah ye, kau taknak bergambar kau punya pasal... 




Sampai puncak Siku, lebih kurang jam 11 pagi. Wow sangatlah... sebab team GBK bawak lemang rendang nasi impit naik puncak wei... Kau mampu, nak makan rendang dan lemang di puncak gunung. Bukan biasa2 dorang ni. Bukan calang2 orang nak hangkut lemang sampai 4 batang.... Terer yahamat!

Peak Siku sangat kecil dan terhad. View pun tak berapa nak nampak... lagipun tanah tempat berpijak juga lembut. Dan I rasa itu bukan tanah, tapi mossy yang dah menebal kot. Duk berhimpit2. Bila ada team lain lak yang datang dah rasa tak muat. Maka, kami pun mengundur diri. Bagi team lain lak yang duk berehat. So jam, 12.30 lebih kurang, kami turun dengan jayanya. 
Kau nampak tak keadaannya bila dah sampai peak. Tadi kat titian tadi, punya lawa, bersih, wangi... Bila sampai peak, berselemuih lumpur bagai. Hambik la kan, nak sangat jadi hiker. Siapa suruh?


ni la di antara gambar mossy yang ada...
cantik gila....

Masa turun, agak rasa nak menggulingkan diri. Licin dan banyak pulak kayu tumbang... masa pegi seronok jumpa kayu tumbang. Masa balik, nak melangkah kayu tumbang pn dah rasa nak maki kayu.

Sampai ke starting point balik lebih kurang jam 2 petang.  Balik dari itu kami singgah ke Lubuk Timah pula, untuk mandi dan tukar baju. Sebab nak pegi masjid lojing balik, dah le kotor penuh lumpur. Nanti bilik air sure penuh. So, ambil keputusan singgah Lubuk Timah kat Simpang Pulai untuk mandi dan bersihkan diri.


#donesiku
#peak

Bukit Saga 06112018

Puncak ke 25 di tahun 2018

Hari ini cuti Deepavali. Hoyeh-hoyeh!!! Sebelum hari kejadian Deepavali, I ajak Eja naik Bukit Saga. Lepas ajak Eja, I ajak Fuad, Jolie & Azri. Konsep kali ni, main redah je. Google maps kan hado. Maka jam 8.30 kitorang start daki. Fuad bawak wife dia Siti. Jolie pula first time nak hiking. I tak pernah naik Bukit Saga ni. Sebelum ni tahu nama dia je. Kat mana pun i taktau. Rupanya kat Taman Saga Ampang. Tapi, sebenarnya trail dari Taman Saga tu dah tutup ye, sebab ada pembinaan lebuhraya SUKE. Tapi main redah je, sebab tak tahu jalan nak pergi dari Cheras. Sebenarnya bukan taktau sangat, tapi dah sampai Taman Saga malas nak pergi area sana. Berbekalkan keyakinan dan bila tengok ramai apek2 dan mamat2 Cina naik sekali ikut jalan Taman Saga, maka kami dengan penuh yakin dan tawadduk ikut diorang. Hahahah!

Start hiking ikut belakang tangki air kemudian terus je melintas kawasan pembinaan. Masa tu berdebaran juga la, sebabnya dah ada signboard Dilarang Masuk. Kau rasa kalau kena tangkap, ada tak yang nak jamin I? Tapi, tengok keadaan macam selamat, maka I and the gang, sampai juga ke kaki Bukit tu. 

Permulaan jalan, dia tangga memacak. Huhuhu... mengah la sekejap. Dah la tak stretching, memang huphap la nafas. 20 minit jumpa Check Point pertama, tokong cina. Sampai situ ambik nafas sket, minum air sikit and lepak kejap. 20 minit mendaki tangga sangatla mencungap. 


Lepas lepak 5 minit, jalan balik. Memacak sampai peak. Takde jalan landai langsung. Sampai peak dalam pukul 9.40 pagi, nampak je berut, terlompat-lompat gumbira. Tercari2 plat, tak jumpa, maka bergambar dengan berut je... 



Rest dalam lebih kurang 10 minit, jumpa grup budak Cina 4 orang. Sembang2 dengan diorang, diorang kata nak pegi waterfall. Ada waterfall yang cantik katanya. Nak mandi manda. Kitorang yang asalnya nak turun je balik rumah. Sebab dah sampai peak kan. So, pulang lah... Tapi the ah boy said, "Sis, the waterfall its only 15 minutes from here..." What? 15 minutes only? Why not we try? 15 minit je pun. Kalau pace lambat pun, paling hanat sampai 30minit... A jomlah kawan2 kita pergi waterfall... Maka, girang dan riang ria lah kami menuju waterfall... untuk menikmati keindahannya! Lets go bebeh!



Ye, 15 minit yang pertama, masih tak ketemu punca air terjun. Terjumpa team line, dan mereka memberitahu "oh, its nearby only, sis. U have take 15 minutes from here..." okey! another 15 minutes to go... be patient guys! Blerrgghhh! 

Trek memang menjunam sangat. Licin dan bertanah liat. Mungkin sebab malam tadi hujan kot. Tapi memang kena fokus sebab terlalu menurun dan curam. Dahla I pakai kasut biasa dan bukan kasut getah legend yang selalu submit I ke peak... Memang kena berhati2... Jenuh la turun berpaut akar, bergantung tali... jam 11.20 pagi kami sampai ke air terjun yang dimaksudkan... punyalah gumbira, konon dah sampai... eh!


Tapi, eh! Takde orang pun. Tadi diorang yang lalu terserempak kata ramai orang kat waterfall. Eh, salah tempat ni... baiklah, bukan di sini ye kawan2... Ianya bukan waterfall ini, walaupun ia nampak sempurna dan cantik... 

Jumpa lagi dari team lain, yang sudah nak balik... "Bukan di sini, bawah lagi, dalam 15 minit lagi sampai la..." Oh my Gucci! Lagi 15 minit? Baiklah, saya redho...


Yeah, akhirnya... 11:40 pagi kami jumpa waterfall ini... Memang ramai orang yang sedang bergumbira di sini. Cantik tempat ni. Ruginya tak bawak ground/fly, stove, periuk, megi... Haishh! Kalau tak kira lepak masak2 tepi air terjun yang cantik tu...




Lepak makan bekalan yang ada di situ. Fuad dgn Azri bermandi manda. Yang gadis2 semua takmau mandi sebab takut nak balik kang, berat pulak baju basah. Dah la sehelai sepinggang. 12:40 kami angkat sauh, nak balik la apa lagi... 

Masa balik ni ikut jalan lain. Jalan yang lebih santai dan ala2 sepak2 daun. Gila landai betul jalannya. dan nampak satu side yang boleh tengok view Kuala Lumpur.


Sepanjang jalan nak balik jumpa 3 kantin kat Saga Hill. Ada jual air dan megi juga... siapa yang nak makan boleh la beli. 

Bukit Saga ni sebenarnya boleh masuk ikut jalan lain, Apek Hill dan Taman Awana, Cheras. So, kalau nak hike Bukit Saga, sila ke 2 tempat itu dan janganlah melalui Taman Saga Ampang, sebab ada pembinaan dan jalan sangat bahaya. Masa kami dah selamat turun, dan berjalan menuju ke parking (dalam kawasan dewan orang ramai). Sebuah kereta peronda berhenti dan bertanyakan tentang budak yang sesat di Bukit Saga. Lepas tu polis tu cakap, "tak boleh masuk ikut sini sebenarnya!" masa polis cakap tu, dup dap dup dap hati ini... huuhuhuuu!

Tapi takde apa2 berlaku. Budak yang sesat tu, kami tak tahu apa jadi... Tapi kami turun dengan selamatnya, Alhamdulillah!

#sagahilldone

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...