Sehari selepas memanjat Bukit Batu Sawa, kawan2 dari Ipoh pulak datang nak hiking bersama. Saz, Tokdin, Lily, Shila & Aten, sanggup turun dari Ipoh untuk cari pengalaman hiking ke bahagian selatan nih. I cadangkan Bukit Senaling. Memandangkan I pun belum pernah jejakkan kaki ke sini. So, I ajak la Azri dan Amir sekali. Fadh dan Eja adalah wajibulghunnah untuk turut serta. Diorang sahabat2 hiking I yang paling setia menunggu walaupun kawan diorang ni lambat macam siput.
Janji bertemu di Tol Seremban, lepas tu masing2 gerak ke Bukit Senaling. Dalam pukul 4 pagi gitu. Perjalanan dari tol tu ambil masa lebih kurang sejam jugala.
Bukit Senaling terletak di daerah Kuala Pilah berketinggian lebih kurang 394meter. Dengarnya, dari sini boleh dapat awan karpet. Maka, kerana itulah, sanggup mendaki jam 5pagi semata-mata untuk mendapatkan awan karpet impian... wahahahaa!
Ok, Bukit Senaling ni, starting point dia memang dalam kawasan kampung. Pihak orang kampung juga yang menjaga kebersihan dan keadaan bukit. Mereka juga akan menghantar guide, bantuan atau rescue kalau ada apa2 terjadi pada pendaki. Untuk itu, caj bayaran RM15 dikenakan untuk setiap pendaki. RM20 caj bayaran sekali dengan breakfast, wow kan... macam hotel pulak... kihkihkih! Tapi sebelum mendaki, kita kena register dulu kat kaunter.
Lepas register, mula la pendakian kami. Melalui jalan tanah merah dulu. Suasana gelap sebab start jam 5 pagi lebih kurang. Jalan agak landai, tapi masih perlu mendaki. Berpeluh juga lah. Ikut pula ladang kelapa sawit, jalan yang tak rata dan berlumpur kalau hujan.
Lebih kurang jam 6.30 pagi kami sampai puncak. Solat dan lepak kejap sambil tunggu cerah, nak bergambar. Tokdin dan Amir dah sampai dulu peak, diorang yang buatkan teh dan breakfast untuk kitorang yang terhegeh-hegeh ni kan... So sweet dua orang tu!
Sampai peak, kitorang mentekedarah je la... hahahaa... apa de hal! Sambil tu layan matahari terbit di ufuk timur... eceh!
View cantik, tapi awan karpet yang diimpi2kan itu tidak kelihatan. Huhuhuhu... keciwa lah nampaknya... Tapi tak apalah, janji sunrise dia menggiurkan... Masa nak balik tu, panas berdenting gak, walaupun jam masih awal. Hitam kulit mak, nakk!
Wefie time... Takde benda yang paling seronok dibuat bila sampai ke puncak. Bergambarlah sampai lebam, bukan kena beli kodak pun kannnn...
5 orang ni adalah exschool mate yang suka hiking... harap2 dapat la hiking sama2 macam dulu... sebab ada yang tak dapat join pasal faktor kesihatan...
Balik dari Bukit Senaling ni, kita nak sambung memanjat lagi. Jeng...jeng...jenggg....!!!
#done
#bukitsenaling
No comments:
Post a Comment