Wednesday, November 7, 2018

Bukit Saga 06112018

Puncak ke 25 di tahun 2018

Hari ini cuti Deepavali. Hoyeh-hoyeh!!! Sebelum hari kejadian Deepavali, I ajak Eja naik Bukit Saga. Lepas ajak Eja, I ajak Fuad, Jolie & Azri. Konsep kali ni, main redah je. Google maps kan hado. Maka jam 8.30 kitorang start daki. Fuad bawak wife dia Siti. Jolie pula first time nak hiking. I tak pernah naik Bukit Saga ni. Sebelum ni tahu nama dia je. Kat mana pun i taktau. Rupanya kat Taman Saga Ampang. Tapi, sebenarnya trail dari Taman Saga tu dah tutup ye, sebab ada pembinaan lebuhraya SUKE. Tapi main redah je, sebab tak tahu jalan nak pergi dari Cheras. Sebenarnya bukan taktau sangat, tapi dah sampai Taman Saga malas nak pergi area sana. Berbekalkan keyakinan dan bila tengok ramai apek2 dan mamat2 Cina naik sekali ikut jalan Taman Saga, maka kami dengan penuh yakin dan tawadduk ikut diorang. Hahahah!

Start hiking ikut belakang tangki air kemudian terus je melintas kawasan pembinaan. Masa tu berdebaran juga la, sebabnya dah ada signboard Dilarang Masuk. Kau rasa kalau kena tangkap, ada tak yang nak jamin I? Tapi, tengok keadaan macam selamat, maka I and the gang, sampai juga ke kaki Bukit tu. 

Permulaan jalan, dia tangga memacak. Huhuhu... mengah la sekejap. Dah la tak stretching, memang huphap la nafas. 20 minit jumpa Check Point pertama, tokong cina. Sampai situ ambik nafas sket, minum air sikit and lepak kejap. 20 minit mendaki tangga sangatla mencungap. 


Lepas lepak 5 minit, jalan balik. Memacak sampai peak. Takde jalan landai langsung. Sampai peak dalam pukul 9.40 pagi, nampak je berut, terlompat-lompat gumbira. Tercari2 plat, tak jumpa, maka bergambar dengan berut je... 



Rest dalam lebih kurang 10 minit, jumpa grup budak Cina 4 orang. Sembang2 dengan diorang, diorang kata nak pegi waterfall. Ada waterfall yang cantik katanya. Nak mandi manda. Kitorang yang asalnya nak turun je balik rumah. Sebab dah sampai peak kan. So, pulang lah... Tapi the ah boy said, "Sis, the waterfall its only 15 minutes from here..." What? 15 minutes only? Why not we try? 15 minit je pun. Kalau pace lambat pun, paling hanat sampai 30minit... A jomlah kawan2 kita pergi waterfall... Maka, girang dan riang ria lah kami menuju waterfall... untuk menikmati keindahannya! Lets go bebeh!



Ye, 15 minit yang pertama, masih tak ketemu punca air terjun. Terjumpa team line, dan mereka memberitahu "oh, its nearby only, sis. U have take 15 minutes from here..." okey! another 15 minutes to go... be patient guys! Blerrgghhh! 

Trek memang menjunam sangat. Licin dan bertanah liat. Mungkin sebab malam tadi hujan kot. Tapi memang kena fokus sebab terlalu menurun dan curam. Dahla I pakai kasut biasa dan bukan kasut getah legend yang selalu submit I ke peak... Memang kena berhati2... Jenuh la turun berpaut akar, bergantung tali... jam 11.20 pagi kami sampai ke air terjun yang dimaksudkan... punyalah gumbira, konon dah sampai... eh!


Tapi, eh! Takde orang pun. Tadi diorang yang lalu terserempak kata ramai orang kat waterfall. Eh, salah tempat ni... baiklah, bukan di sini ye kawan2... Ianya bukan waterfall ini, walaupun ia nampak sempurna dan cantik... 

Jumpa lagi dari team lain, yang sudah nak balik... "Bukan di sini, bawah lagi, dalam 15 minit lagi sampai la..." Oh my Gucci! Lagi 15 minit? Baiklah, saya redho...


Yeah, akhirnya... 11:40 pagi kami jumpa waterfall ini... Memang ramai orang yang sedang bergumbira di sini. Cantik tempat ni. Ruginya tak bawak ground/fly, stove, periuk, megi... Haishh! Kalau tak kira lepak masak2 tepi air terjun yang cantik tu...




Lepak makan bekalan yang ada di situ. Fuad dgn Azri bermandi manda. Yang gadis2 semua takmau mandi sebab takut nak balik kang, berat pulak baju basah. Dah la sehelai sepinggang. 12:40 kami angkat sauh, nak balik la apa lagi... 

Masa balik ni ikut jalan lain. Jalan yang lebih santai dan ala2 sepak2 daun. Gila landai betul jalannya. dan nampak satu side yang boleh tengok view Kuala Lumpur.


Sepanjang jalan nak balik jumpa 3 kantin kat Saga Hill. Ada jual air dan megi juga... siapa yang nak makan boleh la beli. 

Bukit Saga ni sebenarnya boleh masuk ikut jalan lain, Apek Hill dan Taman Awana, Cheras. So, kalau nak hike Bukit Saga, sila ke 2 tempat itu dan janganlah melalui Taman Saga Ampang, sebab ada pembinaan dan jalan sangat bahaya. Masa kami dah selamat turun, dan berjalan menuju ke parking (dalam kawasan dewan orang ramai). Sebuah kereta peronda berhenti dan bertanyakan tentang budak yang sesat di Bukit Saga. Lepas tu polis tu cakap, "tak boleh masuk ikut sini sebenarnya!" masa polis cakap tu, dup dap dup dap hati ini... huuhuhuuu!

Tapi takde apa2 berlaku. Budak yang sesat tu, kami tak tahu apa jadi... Tapi kami turun dengan selamatnya, Alhamdulillah!

#sagahilldone

No comments:

Post a Comment

Yong Belar 2.0 05102019-06102019

Date : 5-6hb October 2019 Mount : Yong Belar (2h 1m) Kemsite : Kem Kasut Crew : 7 orang Line up : 15 orang (Termasuk sorang kanak2 7thn)...