Bulan ni boleh dikatakan tiap minggu la ada trip mendaki. Bukan main lagi kan. Kali ni ikut team Redants Hikers yang diketuai oleh Dewi dan Amir. Dengan line up lain la. Tak ingat berapa orang. Kami bermula dengan menaiki trak ke Gunung Telapak Buruk jam 7pagi waktu tempatan. Selepas briefing dan streaching, bergambar adalah wajib. Waktu tu cuaca basah juga la. Sebab hujan renyai-renyai. Berkabus dan sejuk.
Start mendaki jam 8.30 pagi. Dari starting point dalam dua jam juga nak sampai ke gunung ni. Gunung Telapak Buruk ni, ada sejarah sendiri. Di mana terdapat kapal terbang British terhempas di zaman Jepun dulu dalam tahun 1949. Kesemua anak kapal terkorban di tempat kejadian.
I tak turun pun ke kawasan aircraft tu. Sebab, malas... Lagipun jagakan beg line up yang lain yang nak turun menyaksikan aircraft tu. Dari tempat kami berhenti untuk ke tapak kapal terbang tu lebih kurang 5 minit nak turun, tapi nak naik memacak sedikit. Jadi I lebih rela duduk jaga beg. Lepas berhenti rest dalam masa 30 minit. Kami teruskan berjalan menuju Gunung Berembun pula. Gunung Telapak Buruk ini berketinggian 1193 meter dari paras laut. Tapi sebab kami dah naik trak dari bawah so, jalan sangat landai dari starting point. Tak adalah penat memacak sangat.
Untuk ke Gunung Berembun pula, ambil masa lebih kurang satu jam dari Telapak Buruk. Jalan pun landai, sepak2 daun je kata orang padu. Dan sesekali menurun. Kami sampai Gunung Berembun lebih kurang jam 12 tengah hari. Berhenti untuk makan dan buka dapur masak megi. Paling trajis sebenarnya, masa ni I baru je kebah dari demam. Dan megie dan air pun tertinggal kat kereta. Punyalah pewai... Hahahahaa... Bermasam durja la encik Amir kita bila aku bitau lupa bawak megi... Hahahaa... makan je la bekalan yang ada.
Lepak lebih kurang sejam lebih di Gunung Berembun, makan bergambar dan sembang2. Cuaca masih sejuk dan basah. Jumpa team lain juga yang bercamping di situ. Ramai rupanya yang naik Berembun waktu tu. Lepas settled semua, teruskan perjalanan menuju jalan balik. Kali ni trek mencabar, sebab banyak menurun. Punya la mental koyak time ni. Bawak lak sampah sebeban.
Sorang line up pula, kaki terkehel. Maka, I pun lagi lambat la berjalan menunggu line up. Mujur sweeper abang sado, si Amir ada. Memang kalau dengan Redants paling aku suka jalan dengan Amir. sebab dia akan tunggu walau lambat macam mana, siap tidur2 ontrek.
Trek menurun ni, memang lambat la. Mental koyak rabak sebab lutut pun dah shaking2 masa menurun. Dua jam juga nak sampai Gua Kambing. Lepak lagi kat Gua Kambing.
Lepas Gua Kambing lagi pacak menurun. Hadoila, masa ni penyesalan demi penyesalan bertandang tanpa di undang. Sakit hati pulak rasanya... Jam 5.30 petang baru sampai Lata Berembun, berhenti rehat sekejapan, sementara menunggu ada yang nak mandi la nak makan la. Pacat jangan cerita la ada line up yang macam kena histeria bila jumpa haiwan comel tu... Hahahah...
Tak sempat dah nak berposing dengan Lata Berembun yang cantik tu. Sebab dah pewai namatik. Nak balik je rasanya. Dan masa tu ingatkan jalan balik depan air terjun tu je... Rupanya kena jalan lagi 45 minit untuk keluar. Haila... Masa ni I dah rasa taknak balik.... Kalaulah ada helicopter yang sudi ambil I masa ni, I nak balik naik Heli. Penatnya jangan cerita la... Total berjalan 10 jam kot... Bayangkan kaki rasa macam mana. Tapak pun dah rasa jalan atas angin. Jenuh nak hadam jalan dengan gaya catwalk... memang tak boleh lah!
Tepat jam 6.10 petang, mula berjalan keluar. Masa nampak kereta parking. Rasa nak lompat2 bintang. Punyalah rasa seronok. Tak tergambar dah rasanya masa tu. Mula nampak tilam dan bantal je. 10 jam berjalan bukanlah perkara yang menyeronokkan masa tu. Tapi lepas sampai rumah je, mula terfikir minggu depan nak naik gunung mana pulak?
Serik? memang sekejap je kot... Hahahahaa!
Puncak ke 9 & 10 done...
#donethrowback...
No comments:
Post a Comment