Fuyoh! Masa umur aku 17tahun dulu, Bukit ni la yang aku jejak dengan kawan2 Rakan Muda Meru, Ipoh. Bukan Meru Klang. Masa tu Ekspidisi Gua Tempurung. Kami naik BBP ni melalui Sungai Jahang. Masa tu belum ada lagi orang buat water rafting kat Sungai Jahang tu.
Tu semua gambar lama yang dalam simpanan seorang sahabat. Masa ni umur 17tahun beb... muda trang tang tang...
BBP ni takla tinggi mana, 310meter je ketinggian dia dari paras laut. Tapi view cantiklah. Kalau naik waktu petang, boleh tengok sunset. Tapi biasanya I naik bukit waktu pagi. So, view memang nan hado la kann...
First time mendaki BBP selepas 23 tahun, tak banyak yang berubah. Yang berubahnya cuma dah jadi macam shoping mall. Ramai sangat orang yang turun naik.Okeylah kan, hiking kan dah jadi aktiviti viral. Datang bukit untuk selfi je... lepas selfi turun lah...
Kali ni pergi dengan, Saz, Lily, Mija, Tokdin, Shahriman dgn 2 orang kawan dia. Sampai peak, ada team lain ajak bergambar... layan je la...
Naik jam 6.30 pagi waktu tempatan. Sampai lebih kurang jam 7 pagi... Haa, kejap je... rupanya ada jalan shortcut. Sekarang nak daki BBP kena bayar RM3 ye, parking disediakan, tandas pun elok bersih. Pakcik penjaga bukit akan ambil nama dan buat bayaran di kaunter bawah rumah dia. Pakcik ni garang sikit, tapi baik hati. Dia yang akan jaga kebersihan persekitaran BBP. Di samping tu, pakcik tu akan bawak turun orang yang sesat atau cedera... Bagus tugad pakcik tu. Jadi janganlah segan silu untuk membayar RM3 untuk pakcik yang baik hati tu...
Hah, naik atas tu takde buat apa pun. Sampai puncak bergambar je la. Takkan nak buat majlis makan makan lak atas tu kan. Peak dia sempit pun. View cantik. Tak menyesal la kalau kau jenis yang nakkan keindahan alam ciptaan Tuhan.
#donebbp
No comments:
Post a Comment