Tajuk : Kuih
Cilipadi
Penulis : Dina
Depp
“Makcik, kuih cilipadi~”
“Makcik, saya punya 10,” pintasan
satu suara membuatkan dia memaling muka ke arah suara itu. Seorang lelaki
berkemeja biru berseluar slack dengan tangan di dalam poket berdiri di
sebelahnya. Dia mengira kuih di dalam dulang. Hah? Ada 12 sahaja?
“Kak, saya nak 8… saya datang
dulu!” matanya dicerunkan pada suara yang meminta 10 ketul kuih yang sama.
Lelaki itu mempamerkan muka tidak bersalah. Membalas renungannya dengan wajah
tanpa riak. Eh! Mamat ni, muka dahlah sombong. Bongkak, detik hati Naurah.
Naurah tidak perduli, dia terus
mengambil pengepit untuk mengepit kuih cilipadi sebanyak 8 ketul dari dulang
tersebut. Tiba-tiba lengannya ditampar.
“Ada 12 je kan? Kita bahagi dua…
awak 6 saya 6….” ujar lelaki sombong itu sekadar bertolenrasi. Mahukan keadilan
konon.
“Ewah! Tadi bukan main pintas
saya… eh, tak boleh, saya nak 8!” Naurah menjegilkan matanya. Kemudian bercekak pinggang. Mana boleh
mengalah. Tadi bukan main lelaki itu tunjuk kuasa memintas dia. Ingat dia The
Flash?
“Saya bayar lebih, untuk dapatkan
2 lagi dari awak,” tenang lelaki tu membalas. Naurah mengetap bibir.
Mengecilkan mata merenung lelaki itu. Baru sahaja dia mahu mngepit semula
kuih-kuih tersebut, dia tercengang, kuih di dalam dulang sudah tiada.
Kesemuanya.
“Sudah jangan gaduh-gaduh! Semua
ni sudah ada yang beli! Orang tamak selalu rugi… macam anjing dengan
baying-bayang, ” sindir Makcik penjual kuih sambil tersenyum sinis.
Naurah dan lelaki itu hanya
terkebil-kebil.
No comments:
Post a Comment